24 Januari 2014

Penjenayah ditembak mati ahli Geng 04



TAIPING: Penjenayah paling dikehendaki polis Perak yang ditembak mati petang semalam disahkan adalah ahli Geng 04 berpengkalan di Teluk Intan.

Lelaki berusia 30 tahun terbabit dianggap polis sebagai amat berbahaya kerana tidak teragak agak menembak mangsa ketika melakukan jenayah bersama dua rakan lain.



Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah berkata, suspek pernah menembak seorang mangsa di perut hingga tembus dan mengenai kaki anak mangsa di Mambang Diawan, Kampar tahun lalu.

Dalam kejadian berbalas tembakan di Taman Koperasi petang semalam, suspek mati selepas dadanya ditembusi peluru.

Polis turut merampas sepucuk pistol model Norinco dan 10 butir peluru dari tubuh suspek.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /