Bagi peminat sukan, hiburan diperoleh apabila menonton saat-saat cemas pasukan atau individu yang disokong meraih gol atau mengutip mata. Tapi siapa sangka, penonton 2014 Stars Table Tennis Tournament mendapat lebih daripada itu.
Dalam perlawanan ping pong membabitkan pemain terkenal Belgiam, Jean-Michel Saive dan pemain Taiwan, Chuang Chih-Yuan awal bulan ini; kedua-duanya tidak bermain dalam keadaan tegang dan serius seperti selalu disaksikan dalam pertandingan membabitkan peringkat antarabangsa terutama Saive.
Malah Saive beberapa kali selamba mengejar bola hingga terkeluar dari gelanggang, selain membuat pelbagai aksi lucu termasuk bersenam dan mengejek Chih-Yuan.
Gelagatnya ini membuatkan penonton dan pengadil sendiri ikut tergelak.
Berdasarkan komen pengulas, Saive dipercayai bermain begini kerana sudah hampir pasti dia tidak dapat melangkah masuk ke peringkat semi final.
Apa pun alasannya, ramai percaya ini adalah permainan ping pong paling lawak dan menghiburkan pernah berlaku dalam sejarah sukan ini di peringkat antarabangsa.
Link Video : Suara TV
Tiada ulasan:
Catat Ulasan