28 Januari 2014

Jaclyn Victor Tak Sabar Nak Kahwin


Selepas putus tunang pertengahan tahun lalu, penyanyi popular Jaclyn Victor dikhabarkan sudah menemui pengganti baru.

Walaubagaimanapun, pelantun lagu "Ikut Rentakku" enggan mendedahkan identiti jejaka itu dan memberitahu hubungan mereka masih lagi dalam fasa awal perkenalan.



"Bukan pengganti tetapi lebih kepada teman rapat. Ya, saya sekarang sedang mengenali seorang jejaka dan kami masih dalam fasa awal kerana baru setahun berkenalan.

"Cuma beberapa bulan lepas kami menjadi lebih serius. Bagi saya, lebih baik saya tidak mencari kerana selalunya akan bertemu dengan orang yang salah," ujarnya seperti dipetik dari akhbar Kosmo!.

Walaupun pernah mempunyai pengalaman bercinta selama 10 tahun tetapi hubungan tersebut putus di tengah jalan, Jac atau nama sebenarnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor ini memberitahu dia tidak serik bercinta, malah ingin segera berkahwin jika bertemu jodoh.

"Saya tidak menyesal dan tidak serik pun. Malah saya masih tidak berputus asa untuk mencari lelaki terbaik untuk diri saya. Cuma saya enggan pisang berbuah dua kali.

"Sekiranya dia yang sekarang ini jodoh terbaik buat saya, saya enggan memanjangkan cerita dan terus berkahwin," tambahnya lagi.

Sebelum ini Jac, 35, pernah bertunang dengan seorang jejaka berbangsa Inggeris dikenali sebagai Chris Bellamy tetapi hubungan tersebut putus di tengah jalan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /