SEREMBAN: Seorang bayi perempuan berusia lima bulan ditemui mati di rumah pengasuh di Taman Bandar Senawang, tengah hari tadi.
Bayi malang berkenaan, Amani Saffiya didapati berada dalam keadaan tidak bernyawa di dalam buaian oleh pengasuhnya sebelum cuba memberikan bantuan penafasan (CPR) namun gagal.
Pengasuhnya kemudiannya menghubungi ibu mangsa, Nor Haslinda Hamzah, 32, yang juga guru, sebelum bayi itu dibawa ke klinik kesihatan berdekatan.
Sementara itu, ayahnya, Shahrun Ismail, 36, berkata, sebelum ini anak bongsu dari tiga adik beradik itu, berada dalam keadaan sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda pelik.
Katanya, bayinya itu hanya menangis seperti biasa setiap kali mahu dihantar kepada pengasuh, namun itu adalah perkara biasa memandangkan anaknya itu sudah pandai mengenal orang.
Dia dan isterinya tidak menjangkakan perkara ini akan berlaku, namun reda dengan takdir.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Zainal Abu ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.
Katanya, setakat ini kes disiasat sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan