Menyedari tindakan
bodoh PKR yang popular dengan panggilan Parti
Kangkung Rakyat pada ketika ini telah memaksa Pengarah Strategi parti itu, Rafizi
Ramli membuat permohonan maaf secara terbuka bagi menagih simpati rakyat.
Melalui posting
terbaru di laman blognya, Rafizi mengakui tindakan partinya itu, telah mengakibatkan
wang rakyat terpaksa digunakan bagi membiayai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan
Undangan Negeri (DUN) Kajang.
"Tidak ada alasan untuk
membazirkan wang rakyat dan untuk itu saya memohon maaf dan parti bersedia
untuk dihukum oleh pengundi di Kajang," katanya yang mengaku
bertanggungjawab menyusun langkah politik itu.
Menurut ahli parlimen Padan itu juga, tidak ada penjelasan yang dapat diberikan bagi meredakan kemarahan rakyat terhadap langkah politik itu. Selaku orang yang bertanggungjawab dia juga akan memikul sepenuh tanggungjawab sekiranya rakyat khususnya pengundi di Kajang bertindak untuk menghukum PKR di dalam PRK yang bakal berlangsung kelak.
Paling menarik dia turut
mengakui wujudnya perbezaan pendapat dalam parti itu sehingga mengakibatkan
mereka berpuak-puak sehingga menyebabkan rakyat merasa kecewa. Oleh itu langkah
yang diambil ini kononnya untuk mengelakkan kerajaan PKR Selangor menerima
nasib yang sama ketika Pas memerintah Kedah pada penggal yang lalu.
Dalam erti kata lain, Rafizi
akhirnya terpaksa mengakui bahawa parti itu sedang bergolak dan saling berebut
kuasa seperti yang dilaporkan oleh pihak media, blog dan laman sosial sebelum
ini.
Persoalannya ialah, mereka sebelum
bukan sahaja menafikan isu pergolakan tersebut malah dengan biadab mengatakan
ia hanyalah khabar angin yang sengaja direka oleh pihak Umno dan BN.
Maka Rafizi sepatutnya perlu
terlebih dahulu memohon maaf kepada semua ahli Umno di atas fitnah yang telah
dilemparkan selama ini. Kerana pengakuan Rafizi itu jelas membuktikan bahawa PKR
selama ini bukan sahaja cuba menutup isu tersebut, malah telah berbohong kepada
rakyat bagi mengelakkan parti itu menerima cemuhan masyarakat.
Kesimpulannya ialah,
permohonan maaf Rafizi itu hanyalah merupakan taktik murahan demi menagih
simpati dan sokongan masyarakat yang jelas marah dengan permainan ‘sarkas’ politik ini.
Ini kerana sekiranya kemarahan
tersebut GAGAL diredakan, ia bakal mengundang padah kepada parti itu.
Natijahnya, Anwar selaku calon yang bakal diletakkan bertanding bagi mewakili
PKR berkemungkinan besar akan menerima kekalahan yang memalukan.
Link video permohonan maaf
Rafizi Ramli :Suara TV
Tiada ulasan:
Catat Ulasan