25 Februari 2014

Bala Di Selangor, Khalid Tertidur Lagi Atau Disebabkan Badi Anwar


Masyarakat khususnya di Selangor dan Lembah Klang pada ketika ini sedang berdepan dengan masalah air, ekoran keputusan kerajaan negeri PKR yang mengambil keputusan untuk mengenakan catuan air bermula hari ini.

Menurut laman web rasmi kerajaan negeri, pencatuan itu terpaksa dilakukan disebabkan pengurangan yang ketara di Empangan Selangor yang turut melibatkan Loji Sungai Rasa, Loji Sungai Selangor 1, 2 dan 3 ekoran keadaan cuaca panas yang berlanjutan.

“Langkah ini terpaksa dilakukan bagi memastikan simpanan air empangan mampu bertahan sehingga akhir Mac 2014,” menurut Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim.

Khalid turut berkata pencatuan tersebut bertujuan untuk menambah simpanan air untuk penggunaan dua bulan akan datang.

“Mulai esok, setiap pemegang meter air akan terima air secara berjadual, iaitu dua hari rumah itu akan dapat, lepas tu dua hari kemudian tidak dapat bekalan air dan begitulah seterusnya secara bergilir-gilir.

“Penjadualan air ini akan berterusan supaya air di empangan negeri ini tidak banyak digunakan dan bekalan air boleh disimpan untuk dua bulanan akan datang,” katanya.

Apa yang menghairankan, Khalid sebelum ini mendakwa bekalan air mentah di Selangor masih berada di paras selamat walaupun berhadapan dengan cuaca panas dan kering serta mampu bertahan sehingga lima bulan.

“Sebab kita ada tiga, empat bulan (bekalan air mentah) untuk tunggu lagi satu bulan (sebelum) musim tengkujuh” katanya kepada pemberita beberapa hari sebelum ini.

Persoalannya mengapakah Khalid mengeluarkan kenyataan yang bercanggah? Sekejap dia mendakwa bekalan air Selangor mencukupi, namun selang beberapa hari dia mengumumkan langkah pencatuan dan menyalahkan faktor cuaca?

Atau mungkinkah ketika sesi penerangan diberikan, Khalid tertidur lagi sehingga menyebabkan dia tidak tahu situasi sebenar. Kalau tidak masakan kenyataan yang diberikan berubah-ubah hanya dalam beberapa hari.

Paling menarik, ada yang sedikit nakal menyifatkan bala yang terjadi di Selangor ini adalah berpunca dari Anwar Ibrahim. Mereka mendakwa disebabkan Anwar begitu rakus mengejar kuasa kerana ingin menjadi Menteri Besar, Tuhan telah menurunkan bala untuk rakyat Selangor.

Malah prestasi bola negeri juga gagal memberikan prestasi yang memberangsangkan apabila kalah beberapa perlawanan sejurus selepas Anwar mengadakan perjumpaan dengan kelab penyokong pasukan itu.

Walaupun hujah-hujah berkenaan Anwar itu hanyalah merupakan pandangan ‘nakal’, namun apa yang pasti, semenjak pakatan rakyat memerintah Selangor, pelbagai kepincangan dapat dilihat sehingga, menyebabkan rakyat menjadi mangsa.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /