Ekoran dakwaan yang mengaitkan calon dari pakatan pembangkang dengan pil kuda, Presiden Pas Abdul Hadi Awang telah diarahkan membayar saman RM2,000,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR DUN Bukit Besi, Terengganu.
Selain itu, Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5% faedah dari writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500. Ini berikutan kegagalan Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.
Abdul Hadi dalam ceramahnya di Kampung Tebakang, Alor Limbat di Marang, Terengganu ketika kempen pilihanraya umum yang lalu berkata dengan lantang, kononnya dia MEMPUNYAI MAKLUMAT ada calon daripada pakatan pembangkang yang membuat kerja haram iaitu menjual pil kuda dan mempunyai fahaman bertentangan apabila meletakkan gambar pejuang revolusi komunis di markas parti mereka.
Dia dipetik berkata, parti Pas tidak boleh menerima perkara sebegitu dan tindakan parti tersebut meletakkan tiga calonnya di kawasan ditandingi PKR diambil agar syaitan-syaitan tidak boleh masuk dalam pakatan pembangkang.
Ekoran dakwaan tersebut, Shamsul telah membuat satu laporan polis dan memfailkan saman bernilai RM2 juta terhadap Abdul Hadi yang didakwa telah memfitnah nya.
Shamsul yang juga Ketua Angkatan Muda PKR Dungun selaku plaintif memfailkan saman tersebut melalui firma guaman Tetuan Vasudevan A & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.
Plaintif ketika ditemui berkata, tuntutan saman itu dikemukakan setelah Abdul Hadi melalui peguamnya menghantar surat bertarikh 7 November kepadanya dengan menafikan beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu.
Menurut Mohd. Shamsul yang masih menjadi ahli PKR, tindakan saman itu diambil bagi membersihkan namanya dan dilakukan atas sifat peribadi serta tiada kaitan dengan parti itu yang sebelum ini memintanya agar tidak meneruskan hasrat berkenaan.
Pada 26 Jan yang lalu, mahkamah telah memerintahkan Presiden Pas itu untuk memfailkan draf pembelaan berhubung saman malu tersebut, namun Abdul Hadi gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan itu.
Ekoran dakwaan tersebut, pihak polis sebelum ini turut mengeluarkan kenyataan menggesa mana-mana pihak yang mempunyai bukti atau maklumat berhubung calon PRU13 yang memiliki rekod jenayah seperti penjualan pil kuda supaya tampil bagi membantu pihak polis melakukan siasatan.
Persoalannya, mengapa Presiden Pas itu senyap membisu berhubung dakwaan yang dilemparkan sebelum ini? Sekiranya benar dia mempunyai bukti atau maklumat, mengapa ia tidak diserahkan kepada pihak polis agar siasatan dapat dijalankan? Mengapa Abdul Hadi membisu seolah-olah TAKUT untuk membela diri terhadap kenyataan yang dilemparkan sebelum ini?
Kesimpulannya mudah, kes ini jelas membuktikan bahawa Presiden Pas itu sebenarnya penipu besar.
Walaupun mereka sering mendakwa kononnya ingin memperjuangkan Islam, namun sebagai tokoh agama ternyata Abdu Hadi terlupa, di dalam Islam menuduh mana-mana individu tanpa bukti yang kukuh dan jelas adalah merupakan satu fitnah yang dikategorikan sebagai dosa besar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan