04 Februari 2014

Pak Guard Culik Dan Rogol Wanita Dalam Stor


SABAK BERNAM – Seorang pengawal keselamatan sanggup menculik seorang wanita orang kurang upaya (OKU) dan merogolnya di stor bangunan sebuah sekolah di daerah ini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, suspek berusia 23 tahun dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu selepas menculik mangsa, 33, di rumahnya di Sungai Nibong, Sekinchan.

Menurutnya, kejadian kira-kira jam 9 pagi itu disedari bapa mangsa, 72, apabila dia didatangi seorang lagi wanita berusia 42 tahun bersama suspek yang kemudiannya bertindak melarikan anak perempuannya dengan menaiki sebuah kereta Proton Iswara Aeroback.

“Suspek bersama seorang wanita datang ke rumah bapa mangsa sebelum bertindak menarik anak perempuannya itu ke dalam sebuah kereta secara paksa sebelum dilarikan,” katanya.

Beliau berkata, berang dengan perbuatan kedua-dua suspek, bapa mangsa terus membuat laporan di Balai Polis Sekinchan berhubung dengan kes culik terbabit.

Susulan kejadian itu katanya, kira-kira jam 4.30 petang, wanita terbabit memulangkan semula anak mangsa itu di Balai Polis Sekinchan dan membuat pengakuan bahawa wanita yang dikategorikan sebagai lembam itu dirogol suspek lelaki di sebuah stor sekolah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /