Universiti Malaya perlu tampil menjawab apakah benar dakwaan Datuk Zaid Ibrahim bahawa kajian umum ke atas politik Malaysia oleh sebuah pusat pengajiannya dipengaruhi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dakwaan ini sangat serius kerana ia boleh menjejaskan kredebiliti Universiti tertua Malaysia ini.
Hari ini Zaid mendakwa kajian oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) ke atas persepsi umum dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kajang (PRK Kajang) dipengaruhi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Zaid, Anwar mempunyai pengaruh dalam tinjauan Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) berkaitan Kajang yang menghasilkan dapatan positif padanya.
Dakwa Zaid, ketika Lee Chin Cheh berundur sebagai anggota DUN – sekali gus memaksa pilihan raya kecil – Anwar mendapatkan Mohammad Redzuan Othman bagi menjalankan tinjauan segera.n
“Redzuan pengarah Umcedel. Beliau juga kawan Anwar ketika zaman Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim),” kata Zaid dalam blognya hari ini.
“Tidak mengejutkan, tinjauan Umcedel mendapati majoriti pengundi Kajang setuju bahawa pilihan raya kecil tidak membazirkan wang rakyat.
“Umcedel juga mendapati majoriti pengundi Kajang setuju bahawa Anwar patut menjadi Menteri Besar Selangor.”
Menurut tinjauan itu, sebanyak 59 peratus daripada 576 responden berkata “ya” apabila ditanya sama ada munasabah mengadakan pilihan raya untuk membolehkan Anwar menjadi Menteri Besar.
Kecenderungan UMcedel memaparkan hasil kajian yang meragukan apabila membabitkan Anwar Ibrahim sudah beberapa kali mendapat kritikan banyak pihak. Namun kritikan kali ini yang datang daripada pemimpin politik yang sealiran dengan Anwar sangat mengejutkan dan menimbulkan tanda tanya yang serius.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan