Dalam memastikan
masyarakat memahami pendekatan Wasitiyyah yang diperkenalkan oleh Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Abd Razak, satu seminar antarabangsa akan dianjurkan oleh
Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM).
Penasihat Agama
kepada Perdana Menteri, Tan Sri Abdullah Md Zin berkata seminar yang bertajuk ‘Penghayatan
Wasatiyyah dalam Kerangka Maqasid Syariah’ itu akan dirasmikan oleh Perdana
Menteri dan bakal berlangsung selama 3 hari di Menara Felda bermula dari 8
April 2014.
Abdullah Md Zain ketika menjawab soalan yang dibangkitkan oleh pihak media |
Menurut Abdullah
seminar tersebut akan turut dihadiri oleh para intelektual muslim dari Timur
Tenggah bagi membentangkan kertas kerja antaranya Mantan Menteri Wakaf Mesir, Prof
Dr Muhammad Abdul Fadhil; Pengarah Pusat Wasatiyyah Islam dan Pembaharuan
Al-Qaradhawi Qatar, Prof Dr Muhammad Khalifah Hassan Ahmad Khalifah; Ketua
Hakim Syarie Jordan, Prof Dr Ahmad Hulaiyil; Timbalan Menteri Kementerian Wakaf
Dan Hal Ehwal Islam Kuwait, Dr Adil Abdullah Al-Fallah dan Timbalan Rektor
Universiti Islam Madinah Arab Saudi, Prof Dr Mahmod Abdul Rahman Qadah.
Beberapa tokoh dan
ilmuwan dari dalam negara turut akan dijemput sebagai moderator dan
membentangkan kertas kerja antaranya Pengarah Perancangan Strategik Pejabat Perdana
Menteri, Datuk Haji Shahlan Ismail; Mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan
Zahidi Wan Teh; Ketua Dewan Ulama ISMA, Dr Aznan Hassan; Pensyarah Universiti
Islam Antarabangsa, Prof Dato Dr Abdul Monir Yaacob; Presiden Persatuan Peguam
Muslim Malaysia, Dato Hj Zainul Abu Bakar; Pengerusi Yayasan Nassar, Tuan Haji
Nasharudin Mat Isa dan ramai lagi.
Abdullah turut
berkata seminar tahunan yang akan diadakan itu nanti antara lainnya bertujuan mengukuhkan
kefahaman masyarakat tentang kepentingan maqasid syariah sebagai asas
penyelesaian permasalahan umat.
“Ia juga untuk
menyokong dan menyemarakkan kefahaman Wasatiyyah dalam pelbagai bidang bagi
memberi sumbangan terhadap pembangunan negara serta memperkasakan Malaysia sebagai
peneraju pendekatan Wasatiyyah di peringkat serantau dan antarabangsa” katanya.
Menurut Abdullah,
beliau mengharapkan seminar antarabangsa yang bakal dianjurkan itu bakal menjadi
pemangkin kepada usaha untuk melebarkan kefahaman dan pendekatan wasatiyyah
kepada masyarakat.
Pengerusi portal MyKMU.net ketika sesi sidang media |
Selain Felda sebagai
penaja utama, seminar yang dianjurkan itu juga turut mendapat kerjasama
beberapa NGO seperti Sekretariat Islam Nusantara (Sutera), Persatuan Generasi
Bestari (G-Best), dan portal MyKMU.net.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan