18 Februari 2014

YUS & TAUKE BERGADUH DI MALAM FINAL MAHARAJA LAWAK MEGA 2013?



Walaupun sudah seminggu lebih program Maharaja Lawak Mega 2013 berakhir, cerita-cerita panas MLM2013 masih kedengaran. Antaranya, cerita-cerita tak puas hati sebab kalah, kes curi idea dan macam-macam lagilah.



Juga dikhabarnya ramai kru MLM 2013 yang naik hantu melayan kerenah segelintir peserta final pada malam itu.

Bertambah panas apabila ada kru yang menyampaikan cerita tentang pergeseran di antara Yus dan Tauke dari kumpulan Jambu.

Khabarnya mereka tak menang bukan kerana persembahan atau idea tak bagus tetapi dengarnya sebelum acara kemuncak itu Yus dan Tauke bergaduh disebabkan hal yang remeh temeh.

Ekoran dari isu remeh itu, masing-masing menarik muka masam dan tak memberikan yang terbaik pada persembahan malam itu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /