Ramai di kalangan
penyokong dan ahli Pas, jelas terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu
yang memerintahkan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang agar membayar saman RM2 juta yang
dikemukakan oleh bekas calon PKR, Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.
Namun apa yang paling
memeranjatkan apabila, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim langsung tidak memberikan
apa-apa kenyataan berhubung isu tersebut. Mungkin kerana takut kehilangan
sokongan khususnya dari kalangan ahli dan pengundi Pas, Anwar cuba mengambil
pendekatan lepas tangan.
Persoalannya apakah
ini yang dinamakan sebagai permuafakatan di dalam pakatan rakyat (PR)?
Abdul Hadi dalam ceramahnya di
Kampung Tebakang, Alor Limbat di Marang, Terengganu ketika kempen pilihanraya
umum yang lalu berkata dengan lantang, kononnya dia MEMPUNYAI MAKLUMAT
ada calon daripada pakatan pembangkang yang membuat kerja haram iaitu menjual
pil kuda dan mempunyai fahaman bertentangan apabila meletakkan gambar pejuang
revolusi komunis di markas parti mereka.
Dia dipetik berkata, parti Pas
tidak boleh menerima perkara sebegitu dan tindakan parti tersebut meletakkan
tiga calonnya di kawasan ditandingi PKR diambil agar syaitan-syaitan tidak
boleh masuk dalam pakatan pembangkang.
Ekoran kenyataan tersebut Shamsul
yang juga merupakan Ketua Angkatan Muda PKR Dungun selaku plaintif memfailkan
saman terhadap Hadi yang di dakwa telah memfitnahnya. Dia yang masih merupakan
ahli PKR mendakwa tindakan saman itu diambil bagi membersihkan namanya yang
sebelum ini dikaitkan dengan penjualan pil kuda.
Apa yang
menghairankan ialah, Anwar selaku Ketua Umum, PKR merangkap Ketua Pembangkang
yang mewakili semua parti gabungan di dalam PR, langsung tidak memberikan
sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.
Memandangkan dia akan
bertanding di kerusi Dun Kajang, Anwar mungkin cuba bermain ‘politik selamat’
untuk tidak campur tangan di dalam kemelut yang sedang melanda itu bagi
mengelakkan perpecahan undi di kalangan ahli dan penyokong Pas.
Ini kerana sekiranya
dia mengambil pendekatan menyokong Hadi, sudah pasti ia akan mendatangkan
kemarahan di kalangan penyokong dan ahli PKR yang tidak berpuas hati dengan penghinaan
yang dilemparkan oleh Presiden Pas itu. Tambahan pula sokongan Anwar (sekiranya
ada), secara tidak langsung akan dilihat sebagai mengiakan semua tuduhan Hadi
itu.
Dari sudut Pas pula, keengganan
Anwar menyokong Hadi jelas membuktikan sikap sebenar Ketua Pembangkang itu yang
hanya mementingkan diri sendiri. Jadi benarlah tanggapan yang mengatakan Hadi
dan Pas hanya dijadikan sebagai kuda tunggangan demi memastikan kelangsungan
politik peribadi Anwar.
Kesimpulannya, ahli
dan penyokong Pas seharusnya sedar dan jujur membuat penilaian sendiri. Apakah perjuangan
Pas di dalam pakatan rakyat untuk kepentingan rakyat atau perjuangan untuk
Anwar?
Sokongan berterusan
yang diberikan kepada Anwar di Kajang, hanya akan membuktikan bahawa Pas
sememangnya parti picisan yang hanya dijadikan alat untuk kepentingan Anwar dan
DAP.
Walaupun Hadi dan
parti itu dihina dan di perlekehkan, Pas TATAP menyokong PKR, DAP dan makhluk
anugerah tuhan bernama Anwar Ibrahim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan