Penyanyi yang popular dengan lagu Matahariku, Agnes Monica dikritik hebat berikutan penampilannya semasa menghadiri satu majlis hiburan di Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini.
Bukan kerana pertemuannya dengan Ketua Pegawai Eksekutif Sony Music Entertainment atau aktor Hollywood, Jamie Foxx tetapi pemilihan busana yang digayakannya rata-rata menjadi bahan bualan peminat di laman Twitternya.
Agnes Monica Mengenakan pakaian seksi ketika menghadiri ‘American Awards’ telah menimbulkan pelbagai spekulasi negatif dikalangan peminatnya.
Antara maklum balas yang dimuat naik berbunyi: “Ya Tuhan, lebih baik kamu tidak memakai pakaian sahaja.”
Meskipun wanita berusia 27 tahun itu mendapat komen yang negatif, namun masih ramai peminat yang terus menyokongnya kerana tidak banyak selebriti berpeluang hadir ke majlis sebesar itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan