Aku pernah tanya
seorang penjawat awam, kenapa sokong pembangkang, katanya, dia adalah badan pelaksana,
polisi telah dibuat maka akhirnya penjawat awam yang akan melaksanakannya...
Kalau kerajaan lemah bererti perlaksanaannya yang lemah... Kalau kerajaan
bagus, bererti perlaksanaannya juga bagus...Simple jawapannya!
Bila aku ajukan
kepada Penjawat Awam berstatus 'pembangkang', katanya kerajaan lain, UMNO lain
tak sama... Perdana Menteri Lain, Presiden UMNO lain... Tapi, bila subsidi
dikurangkan jawapannya, 'INI SEMUA KERJA
UMNO'... Alahai!!! Tadi kata lain, sekarang kata lain...
Terkini!!! Berlaku di
RTM, klip video dalam Berita Nasional RTM yang memaparkan isu OPS CANTAS telah
menggunakan Logo PDRM yang SALAH... kelihatan jelas tertulis pada logo
tersebut, 'POLIS RAJA DI MALAYSIA..."
walhalnya yang benar adalah "POLIS
DIRAJA MALAYSIA" Apa sudah jadi sama RTM???
Persoalan yang
timbul, adakah MEDIA Kerajaan kini dimasuki oleh 'penjawat awam' pembangkang
yang cuba sedaya upaya untuk menjatuhkan kerajaan dari dalam melalui cara yang
cukup MEMUALKAN ini...? Apa pula
Ketua Pengarah RTM buat? Diakui, wujudnya orang-orang pembangkang di Institusi
kerajaan, namun, dengan mensabotaj laporan aktiviti kerajaan seperti Ops Cantas atau mana-mana berita
sekalipun apatah lagi isu menghapuskan Jenayah adalah sesuatu yang tak boleh
diterima...
Pihak PDRM telah
bekerja keras untuk hapuskan jenayah dan menjamin keselamatan rakyat
dipermainkan sedemikian rupa...
Kita minta pihak RTM
menjawab isu ini secara terbuka... Kalau betul ada cubaan mensabotaj, tindakan
mesti diambil terhadap kakitangan berkenaan... Dahlah GAJI kerajaan BAYAR,
tapi, buat kerja HAMPEHHHH!!! Orang
macam inilah yang boleh memberi contoh buruk kepada Rakyat..
Baca Seterusnya Di :
Pendekar Rawang 1
Tiada ulasan:
Catat Ulasan