Setelah hampir dua tahun prosedur
perceraian pelakon jelita Rita Rudaini Mokhtar dengan pemain bola sepak
kebangsaan Aidil Zafuan Abdul Radzak dibicarakan, Rita akhirnya akur apabila
diceraikan Aidil empat hari sebelum umat Islam menyambut kedatangan Aidilfitri.
Rita mengakui dia tidak berharap agar
rumah tangganya dapat diselamatkan. Malah, Rita tidak terkejut apabila Aidil,
26 bertindak menceraikannya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
"Saya tidak terkejut apabila
Aidil ceraikan saya menerusi SMS. Ini kerana ketika dia keluar rumah dulu pun,
itu juga perkara yang tidak sepatutnya dibuat seorang suami yang beriman dan
bertanggungjawab" ujar Rita.
Pelakon berusia 37 tahun ini
menyifatkan tindakan Aidil itu adalah kotor dan mempersoalkan kewajaran Aidil
meruntuhkan hubungan suci yang dibina pada bulan yang mulia. Apabila ditanya
tentang perasaan, Rita memberitahu dia tidak merasa sedih dengan perceraian
tersebut tetapi sedih melihat keadaan Aidil dan keluarganya yang tertekan.
"Aidil juga tiada rasa malu atau
bersalah. Bagi saya, dia tidak layak dijadikan suami. Memang di dunia, dia
boleh lepas tetapi tidak di akhirat" tutur Rita.
Mengenai soal penjagaan anak pula,
Rita tidak akan memberi kebenaran kepada Aidil dan keluarga untuk berjumpa
dengan anaknya selepas ini.
"Saya tidak akan beri kebenaran
untuk Aidil dan keluarganya untuk berjumpa dengan anak selepas ini. Selama ini
dia tidak pernah tanya pun kami hidup atau mati juga sakit pening anak-anak.
Malah, Aidil sendiri tak pernah beli baju raya untuk anaknya" kata Rita.
Walau apapun yang berlaku, Rita yang
tabah dengan dugaan ini hanya mahu membesarkan dua puteranya, Airit Rayyan Rizqin,
4, dan Airit Rafqa Arjuna, 2, dengan sebaik mungkin dan mahu fokus dalam karier
lakonan serta perniagaan RS Collagen yang sudah beroperasi sejak setahun lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan