Penyanyi Hazama
mengakui sedang mengenali hati budi seorang pemuzik wanita yang dikenali
sebagai Genervie Kam sejak empat bulan lalu. Hazama atau nama sebenarnya Hazama
Ahmad Azmi, 29, berkata, persahabatan yang terjalin diantara mereka itu sedang
menuju ke arah percintaan dan enggan menyorokkan perkara itu daripada
pengetahuan peminat walaupun tidak selesa berbuat demikian.
"Benar saya
sedang berkawan rapat dan mengenali hati budi Genervie sejak empat bulan lalu
dan sedang ke arah percintaan namun masih diperingkat awal. Ia masih terlalu
awal untuk diperkatakan kerana hubungan ini masih lagi baru walaupun kami sudah
lama mengenali antara satu sama lain," katanya.
Hazama mengulas
mengenai laporan sebuah akhbar mingguan pada Ahad yang mengatakan dia dan
Genervie sentiasa menghabiskan masa bersama dan keluar bersama.
Tambah Hazama, dia
seboleh-bolehnya tidak mahu mengembar-gemburkan cerita peribadinya untuk
tatapan umum namun menyedari dirinya milik masyarakat dia perlu berterus
terang.
Jelasnya, dia tidak
mahu menipu tentang statusnya yang pada kemudian hari akan merosakkan karier seninya.
"Saya seorang
yang berterus terang dan tidak suka menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan
peminat jika ia benar kerana saya sedar kedudukan sebagai seorang selebriti. Tetapi
pada masa sama saya tidak mahu ia terlalu mendapat perhatian sehingga kerjaya
saya tenggelam dengan kisah-kisah peribadi," tuturnya.
Sementara itu, Hazama
berkata, dia selesa berkawan dengan Genervie kerana sifat wanita itu yang
matang dan berkongsi minat sama terutama muzik. Jelas Hazama, wanita itu juga
tidak lokek ilmu tentang pengetahuannya dalam bidang muzik menyebabkan mereka
menjadi rapat sejak empat bulan lalu.
"Muzik
merapatkan kami kerana dia sering berkongsi ilmu tentang bidang tersebut selain
sikapnya yang matang membuatkan saya selesa," jelasnya.
Dalam perkembangan
lain, Hazama berkata, dia baru sahaja melancarkan album terbaharunya berjudul
Penglipur Lara dan sedang sibuk mengadakan aktiviti promosi album berkenaan di
seluruh negara.
Selain itu katanya,
dia juga baru sahaja selesai menjalani penggambaran sebuah filem arahan Ahmad
Idham berjudul Hantu Nan Sempit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan