IPOH 11 Jan - Anggota 10 badan bukan kerajaan
(NGO) di Perak semalam berhimpun secara aman di Dataran Stesen KTM di sini bagi
menyuarakan sokongan terhadap kenyataan Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani
Zakaria berhubung isu 'bughah' atau penderhaka pada Isnin lepas.
Lebih 100 anggota daripada Suara Anak Muda
Perak, Suara Anak Muda 1Malaysia, Wira Perkasa Perak, Kelab Belia Kinta,
Persatuan Sukarelawan Aman Jaya, Majlis Belia Negeri Perak, Sekretariat Hal
Ehwal Bandar, Persatuan Ibu-Ibu Tunggal Perak, Persatuan Kelab Belia dan
Kesatuan Anak Muda Islam Perak, menyertai perhimpunan aman bermula kira-kira 2
petang.
Pengerusi Barisan NGO Perak Mohd Salleh Khan
Mohd Jaafar berkata pihaknya akan berdiri teguh dan bersama-sama menyokong
kenyataan Mufti Perak.
"Agama bukan tempat untuk dipolitikkan
dan kita akan tolak apa sahaja agenda yang menjurus kepada memporak perandakannegara,"
katanya.
Ketua Wira Perkasa Perak Mohd Hafez Mubin
meminta umat Islam menyokong Harussani kerana kenyataannya berhubung isu itu
bukan untuk memudaratkan Islam dan negara.
"Jika pihak yang buat perhimpunan guling
kerajaan itu tidak berniat untuk gulingkan kerajaan mereka tak perlu terasa
dengan apa yang mufti katakan itu," katanya.
Isu 'bughah' atau penderhaka terhadap
pemerintah adil yang dibangkitkan Harussani bagi membidas peserta perhimpunan
haram pada sambutan Tahun Baharu 2014 terus dipolemikkan apabila kenyataan
tokoh agama itu dikecam pelbagai pihak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan