Minggu lalu, Utusan Malaysia melaporkan hampir 1000 penduduk di sekitar
Balik Pulau terjejas akibat banjir kilat di Pulau Pinang. Kejadian ini
menjadikan Hari Raya Aidiladha disambut hambar oleh masyarakat Islam di
sana.
Bagaimanapun, mungkin jumlah ini tidak ramai dan mungkin juga
masalah banjir ini bukanlah begitu besar jika dibandingkan dengan tragedi
tsunami yang pernah melanda negeri itu. Kerana itu, kita lihat kerajaan
DAP Pulau Pinang tidak begitu mengambil pusing mengenainya.
Sejak hari kejadian sehinggalah ke hari ini, kita masih tidak
mendengar kenyataan dari Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, bagi
menunjukkan keprihatinan pada penduduk Balik Pulau.
Malah, bukan sahaja tiada kenyataan, bantuan juga tidak dihulurkan
secara bersungguh-sungguh. Secara dasarnya, hampir keseluruhan tindakan
menyelamat dan membantu diletakkan di atas bahu kerajaan pusat dan pihak-pihak
yang berkaitan kebajikan dan bencana alam.
Media milik pembangkang juga, tidak kira Roketkini, Harakahdaily,
Keadilandaily mahupun laman-laman sosial rasmi termasuk blog pemimpin PR
langsung tidak memberi perhatian kepada 1000 penduduk Balik Pulau seolah-olah
mereka bukan satu isu langsung.
Sebaliknya, semua media pembangkang lebih menumpukan kepada usaha
untuk membela penjenayah sambil menyerang Menteri Dalam Negeri. Selain
itu, mereka juga sibuk memperkatakan tentang Pemilihan UMNO.
Lebih ironi lagi apabila kerajaan DAP Pulau Pinang memberi
keutamaan kepada penduduk pedalaman Sabah dan Sarawak berbanding Pulau
Pinang. Melalui program Impian Sarawak, Guan Eng terus bercakap tentang
membela nasib rakyat Sarawak dengan memperbaiki infrastruktur negeri itu
sedangkan di masa yang sama meminggirkan rakyat Pulau Pinang yang amat
memerlukan perhatiannya.
Mungkin bagi Guan Eng, apa yang berlaku kepada penduduk Balik
Pulau bukanlah tanggungjawabnya kerana cuaca bukanlah di bawah
kawalannya. Justeru, mereka tidak berhak menuntut pembelaan atau
bantuannya sekiranya menghadapi masalah yang disebabkan oleh cuaca.
Bagaimanapun, tidak mustahil Guan Eng tidak begitu berminat untuk
membantu penduduk Balik Pulau kerana majoriti mereka adalah orang-orang
Melayu. Kita faham, Guan Eng hanyalah Ketua Menteri untuk satu kaum, iaitu
Cina. Beliau akan pantas membela kaum Cina sekiranya menghadapi masalah
tetapi akan pantas pula menindas kaum Melayu dan India sekiranya dianggap
sebagai membawa masalah.
Sesungguhnya, hipokrasi dan sikap rasis Guan Eng sudah tidak dapat
ditutup lagi. Semakin hari semakin terserlah betapa busuknya hati Tokong
ini. Semoga rakyat Sarawak dapat menilai sendiri apa yang berlaku di Pulau
Pinang dan dijadikan pengajaran agar nasib yang sama tidak menimpa
mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan