Perbuatan sepasang
kekasih yang gemar melakukan perkara mencabar berakhir dengan tragedi apabila di
gilis kereta api ketika melakukan seks di landasan kereta api.
Pasangan berkenaan
yang dalam perjalanan pulang berhenti sejenak di landasan kereta api untuk
melakukan hubungan seks.
Si wanita yang
berusia 30-an maut selepas di gilis kereta api di bandar Zaporozhye pagi Sabtu
lalu, manakala pasangannya yang berusia 40-an terselamat, tetapi kedua-dua
belah kakinya terpaksa dipotong akibat cedera teruk.
Kementerian Dalam
Negeri Ukraine, yang mengumumkan kemalangan berkenaan berkata, pasangan
terbabit gagal menahan nafsu berahi mereka dalam perjalanan pulang.
Mereka ingin
menikmati pengalaman melakukan hubungan seks dekat landasan kereta api, tetapi
gagal menyelamatkan diri apabila kereta api muncul, lapor agensi berita Russia,
RIA Novosti.
Laporan Yahoo News
pula mengatakan pasangan terbabit dikatakan mabuk ketika kejadian.
Menurut sumber,
pasangan berkenaan dalam perjalanan pulang daripada menghadiri parti di
kediaman rakan sebelum memutuskan untuk berhenti sejenak di landasan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan