Pemilihan semula CEC DAP pada 29 September lalu ternyata telah tidak
menyelesaikan apa-apa. Dengan semua yang telah menang dalam
pemilihan awal menang semula, dan lebih ramai ketidakhadiran dilaporkan, maka
akar umbi DAP terus memendam rasa. Akibatnya, beberapa negeri mula
bergolak kerana tidak tahan lagi dengan sikap kuku besi kepimpinan parti.
Perasaan sakit hati turut dirasai oleh DAP Kedah yang mana kepimpinan
atasan telah bertindak membubarkan jawatankuasa DAP Negeri yang dilantik secara
demokrasi 2010 dan membentuk jawatankuasa interim tanpa sebarang sebab. Ini
menyebabkan Pengerusi DAP Negeri, Lee Guan Aik telah dipaksa melepaskan
jawatannya kepada Christopher Zairil Lim.
Perlantikan Christopher Zairil sebagai Pengerusi DAP Kedah membawa makna
bahawa DAP telah membelakangkan akar umbi parti serta tidak menghormati mahupun
menghiraukan perasaan jawatankuasa negeri, dan juga menipu rakyat Kedah dengan
mempromosi Christopher Zairil sebagai Melayu.
Walhal, Christopher adalah berdarah Cina seratus peratus dan hanyalah
anak tiri kepada Tan Sri Khir Johari yang mengahwini ibunya pada usianya
belasan tahun. Christopher sebelum ini pernah memberitahu wartawan
bahawa beliau dan keluarganya termasuk bapanya tidak begitu ‘selesa’ bergaul
dengan orang Melayu mahupun mengamalkan budaya Melayu.
Tetapi hari ini, dikhabarkan Christopher kini sedang bertungkus-lumus ‘berlatih’ untuk menjadi Melayu bagi
menghadapi pengundi dalam Pilihanraya Kecil Sungai Limau.
Apa yang menarik untuk diperhatikan ialah bagaimana sikap orang-orang
PAS menerima Christopher di Sungai Limau. Apakah mereka akan
membiarkan DAP menipu atas alasan membantu parti PAS?
Sg. Limau hanya mempunyai 3% pengundi Cina dan kehadiran Christopher
sebagai Cina tentulah tidak perlu sama sekali. Maka kita yakin
yang Christopher akan hadir sebagai Melayu dengan hanya memperkenalkan diri
sebagai ‘Zairil Khir Johari’.
Secara dasarnya, masyarakat Cina di Kedah adalah berbeza dengan Pulau
Pinang. Rata-rata masyarakat Cina Kedah fasih bertutur loghat Kedah
dan hidup di kalangan orang-orang Melayu tanpa apa-apa ‘sekatan’ yang
nyata. Pergaulan semua kaum di Kedah cukup harmoni kerana rakyat
Kedah terkenal dengan sikap peramah.
Keharmonian ini agak ‘terganggu’ akhir-akhir ini apabila DAP semakin
berkuasa di Malaysia. Bagaimanapun, kita percaya masyarakat Cina Kedah
akan dapat menilai sendiri sikap DAP yang sanggup membelakangkan akar umbi
parti sendiri dan juga mengenepikan jawatankuasa negeri yang dilantik secara
demokrasi. Jelas sudah bahawa DAP bersikap kuku besi dan sanggup
menipu dan melakukan apa saja untuk berkuasa walaupun menindas ahli sendiri.
Perlantikan Christopher Zairil adalah bukti segala apa keburukan DAP
ini. Justeru, apakah rakyat Sg. Limau sanggup memberi kuasa kepada PAS yang
bersekongkol dengan penipu, penindas dan kuku besi?
Kita percaya, pengundi Sungai Limau, mahupun rakyat Kedah
keseluruhannya, dari berbagai parti lebih bijak untuk menilai mana intan dan
mana bom jangka. Kedah tidak perlukan DAP tetapi perlukan BN untuk
terus menikmati hidup yang aman dan harmoni.
Dan DAP itu adalah sebahagian dari PAS. Memberi kemenangan
kepada PAS di Sungai Limau turut bermakna memberi kemenangan kepada DAP melalui
Pakatan Rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan