Sekarang ini semua orang sedang kecoh memperkatakan isu perbelanjaan
RM1.6 juta untuk membawa masuk 3 kumpulan K-Pop dari Korea Selatan sempena
Himpunan Jutaan Belia 2012 tahun lepas.
Laporan Audit Negara mendedahkan kos untuk membawa 3 kumpulan U-Kiss,
Teen Top dan Dal Shabet ditanggung oleh kerajaan sedangkan Menteri yang
bertanggungjawab ketika itu, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyatakan ianya ditaja
oleh pihak swasta.
Shabery dakwa Laporan Ketua Audit Negara culas kerana gagal menjelaskan
perkara sebenar di mana wang sumbangan itu telah disalurkan ke KBS melalui
akaun Majlis Sukan Negara (MSN).
"Wang tajaan dimasukkan ke
dalam akaun MSN bagi melancarkan pengurusan Hari Belia Negara. Dakwaan pihak AG
Audit yang menyatakan KBS membayar K-Pop pada Hari Belia Negara dengan jumlah
RM1.6 juta adalah benar kerana ianya adalah dari wang tajaan.
"Pihak AG Audit culas dalam
menjelaskan perkara sebenar kerana Wang Sumbangan yang dimasukkan ke dalam
Akaun Majlis Sukan Negara tidak dinyatakan oleh pihak Audit Negara sebaliknya
hanya mengambil kira wang yang keluar dari akaun KBS," katanya yang
dipetik dalam laman akaun Facebooknya hari ini.
Persoalannya sekarang, siapa yang cuba menipu dan memperdaya Ketua Audit
Negara dalam isu ini? Siapa yang sengaja mengeluarkan isu dan mencetuskan isu
ini? Mungkinkah ada orang dalam yang sengaja mewujudkan isu untuk menjatuhkan
orang lain?
Hasil soal selidik yang dibuat, segala permasalahan ini berpunca
daripada orang kerajaan yang paling berpengaruh dan berpangkat paling tinggi
dalam KBS, Datuk J.
Datuk J sengaja mereka-reka kes untuk menyelamatkan diri beliau yang
sedang tersepit sekarang ini. Datuk J sebelum ini telah memfitnah Datuk More
Head untuk mendapat jawatan yang beliau pegang sekarang.
Beliau memfitnah Datuk More Head dengan pelbagai isu tapi satu pun gagal
ditunjukkan bukti. Disebabkan tembelang sudah pecah, beliau sekarang ini begitu
terdesak untuk membuktikan Datuk More Head bersalah dan salah satu kes yang
beliau cuba adalah isu perbelanjaan K-Pop.
Walaupun bekas menteri sudah menjawab isu ini, usaha beliau tidak
terhenti disitu, malah beliau semakin agresif. Difahamkan Datuk J ni telah
membekukan cuti Raya Haji staf-staf audit dalaman sebab mahu cari kes. Macam
orang audit ini orang kanan beliau semua benda kena rujuk kat beliau dulu.
Malah lebih dahsyat lagi, mana-mana staf yang mempunyai hubungan baik dengan
Datuk More Head turut menjadi mangsa.
Orang-orang macam ini lah yang merosakkan kerajaan. Baru beberapa bulan
pegang jawatan sudah mula buat perangai. Harap KSN, SPRM boleh pandang serius
perkara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan