Bajet Alternatif yang
dibentangkan oleh pembangkang semalam menyerlahkan sikap perkauman yang
mendalam dan usaha yang giat untuk menjarakkan lagi jurang antara kaum di
negara ini.
Ini berdasarkan
cadangan mereka agar kerajaan memperuntukkan sejumlah RM220 juta lagi kepada
1,854 sekolah vernakular dalam Bajet tahun hadapan. Peruntukan
itu dicadangkan merangkumi sumbangan RM300 bagi setiap seorang pelajar SRJK
bagi menambah baik mutu dan kualiti pembelajaran serta bangunan.
Selain itu,
pembangkang juga komited untuk menangguhkan Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN) atas alasan ia gagal mencapai matlamat dan bermasalah di mana sehingga
kini telah menyebabkan 22 kematian. PLKN membawa objektif penerapan semangat
cintakan negara serta perpaduan.
Hakikatnya, Sekolah
Vernakular telah dikenal pasti sebagai punca utama masalah perkauman di negara ini
manakala, PLKN pula adalah antara usaha kerajaan untuk mengatasi masalah
itu.
Sungguhpun demikian,
pembangkang tegar mencadangkan peruntukan bagi ‘memperkasakan lagi punca
masalah’, dan di masa yang sama menolak sebarang usaha ke arah ‘penyelesaian
masalah’ itu.
Ini membuktikan
bahawa pembangkang dengan sengaja ingin agar rakyat negara ini terus berpecah
belah serta tidak punya semangat patriotisme atau nasionalisme.
Kita percaya,
idea-idea ini datangnya dari parti cauvinis DAP tetapi telah diterima baik oleh
PKR dan PAS kerana terlalu mendambakan undi dari kaum Cina. Malang
sekali, biar setelah habis segalanya digadai pun, kaum Cina masih tidak
mengundi PAS dan hanya apabila terpaksa sahaja akan mengundi PKR.
Justeru, pengorbanan
PAS menggadaikan maruah sehingga tiada apa lagi yang tinggal bukan sahaja
sia-sia, tetapi rugi besar kerana PAS semakin kehilangan undi orang-orang
Melayu.
Hari ini, DAP terus
mengasak agenda ini melalui Bajet Alternatif sementara PAS dan PKR tidak mampu
menolak atau mengimbanginya. Malah, kedua parti yang diterajui
Melayu itu turut mengasak bersama dengan DAP untuk memusnahkan keharmonian
antara kaum di negara ini.
Sekiranya pembangkang
punya sedikit rasa tanggungjawab, maka mereka seharusnya mencadangkan
penyelesaian alternatif ke atas masalah perkauman dan bukannya menambahkan nya.
Bukankah lebih baik
jika pembangkang mencadangkan peruntukan ke atas sekolah kebangsaan ditambahkan
bagi memastikan ia benar-benar mencapai tahap yang diinginkan bagi semua
kaum?
Bukankah lebih baik
jika semua parti-parti politik dari semua kaum turut terlibat memberi cadangan
dan mendesak ke arah penambahbaikan dan peningkatan kualiti guru-guru,
pembelajaran dan juga bangunan persekolahan di sekolah kebangsaan agar
anak-anak kita boleh belajar bersama-sama?
Jika ini dapat
dilakukan, maka kita mungkin tidak perlukan PLKN lagi.
Namun, tentu sekali
perkara yang baik dan murni akan ditolak mentah-mentah oleh DAP kerana ia
bermakna mereka tidak akan dapat membawa agenda mereka yang ingin menindas dan
menjajah negara ini.
Sehingga ke hari ini,
DAP tidak pernah menerima hakikat yang mereka berkongsi negara ini dengan
orang-orang Melayu. DAP juga nekad untuk memisahkan
masyarakat Cina dari aspirasi negara. Kerana itu, mereka memerlukan sekolah
vernakular untuk mengajar anak-anak Cina agar membenci Melayu, prejudis
terhadap kerajaan serta menolak sejarah. Matlamat akhir mereka ialah
untuk menukar landskap sosial dan ekonomi negara ini agar mengutamakan Cina
serta mengabaikan bangsa-bangsa lain.
Apa yang pasti,
cita-cita DAP ini bukan sahaja akan menyebabkan bangsa lain tertindas dan
terpinggir tetapi, lambat laun akan membawa kehancuran kepada bangsa Cina
juga.
Jika DAP punya
sedikit kebijaksanaan, mereka pasti tahu bahawa menyusahkan orang-orang di
sekeliling mereka tidak akan membuat mereka senang. Sudah
menjadi hukum yang tidak tertulis bahawa apabila orang-orang di sekeliling kita
senang, kita akan turut senang kerana mereka tidak mengganggu kita malah
mungkin boleh membantu atau bekerjasama untuk meningkatkan kesenangan
itu.
Tragedi 13 Mei adalah
pengajaran yang paling jelas, namun DAP memilih untuk menidakkan sejarah serta
menafikan kesilapan sendiri.
Untuk itu, kita ingin
berpesan kepada DAP bahawa manusia yang lupa sejarah, akan dihukum untuk
mengulanginya berkali-kali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan