Perbahasan Rang Undang-Undang Akta Pencegahan Jenayah (PCA) di Dewan Rakyat
pada Selasa menyaksikan dua ahli Parlimen berbahasa Tamil menyebabkan semua ahli-ahli
dewan tergelak besar.
Ahli Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim terpaksa bercakap mengunakan
bahasa tamil apabila ahli Parlimen PKR Kapar, G.Manivanan berterusan mencelah
seolah-olah tidak memahami hujah Azeez mengenai pindaan rang undang-undang
tersebut.
“Nampaknya Kapar tak faham apa saya cakap, biarkan saya cakap bahasa
ibunda,” katanya.
Hujah beliau kemudian disambut Manivanan juga dalam bahasa Tamil.
Perbahasan mereka berdua terhenti setelah ditegur Timbalan Speaker, Datuk
Ismail Mohamed Said yang meminta kedua-dua mereka bercakap bahasa ibunda di
luar Dewan.
Azeez dalam perbahasan menyokong rang undang-undang itu menegaskan,
pembangkang seperti tidak mahu menerima langsung pindaan tersebut.
Katanya, sebelum ini Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan
mahu duduk berbincang hala tuju kerajaan dalam semua isu tetapi membantah
undang-undang yang mahu memastikan keselamatan rakyat.
“Jangan nasi sudah jadi bubur baru kita nak bising,” katanya menempelak
pembangkang yang sebelum ini seolah-olah simpati kepada Khairy Jamaluddin
apabila rumahnya dimasuki pencuri baru-baru ini.
Azeez meminta pembangkang jangan paranoid kerana kerajaan bukan mahu
membawa semula ISA.
“Mereka ini (pembangkang) agaknya takut kena tangkap sebab buat (demo)
Bersih dan Blackout. Kita sebenarnya fokus kepada penjenayah tegar. Sepatutnya
kita bantu polis dengan menyokong undang-undang ini,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan