KUALA LUMPUR 28 Feb - Ketua Pegawai Eksekutif KLPOS Media Production Sdn Bhd Wan Muhammad Azri Wan Deris menyatakan tidak terkejut dan sudah menjangka dengan keputusan mahkamah mengarahkan beliau membayar RM800,000 kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Wan Azri berkata, sejak dari mula perbicaraan lagi hakim yang mengadili kes tersebut sudah dilihat berat sebelah dan sering tidak mengendahkan tuntutan pihak defendan.
"Sebenarnya memang dan dijangka saya akan kalah, kerana sejak mula lagi pihak mahkamah dilihat berat sebelah dengan tidak membenarkan pihak defendan mempertikaikan kenyataan saksi pertama, Mohamad Fauzi di mana kenyataan saksi tersebut di empat mahkamah sebelum ini bercanggah," katanya kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini hari ini.
Sementara itu, Azri terus menafikan bahawa beliau merupkan pengendali blog kontroversi PapaGomo.com kerana baginya pihak defendan masih tidak mampu membuktikan dengan jelas bahawa beliau penulis blog kontroversi itu.
"Saya bukan papagomo dan selagi tiada bukti yang kukuh memang orang boleh cakap bahawa papagomo itu adalah saya tetapi jelas ia bukan saya, sama seperti kenyataan Anwar sebelum ini mengenai gambar tersebut yang menyatakan muka sepertinya tetapi bukan beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan