Akhbar arus perdana,
Mingguan Malaysia hari ini melemparkan dakwaan secara terbuka kepada Umno yang
dikatakan ‘menyimpan blogger hantu raya’
sehingga menyebabkan gerakan parti itu tidak
bermaya, layu dan syok sendiri dengan isu remeh bertaraf seluar dalam.
Tidak cukup dengan
itu penulis rencana tersebut, Ku Seman Ku Hussain turut mendakwa blogger hantu raya ini dibela oleh
pihak-pihak tertentu untuk menonjolkan individu tertentu (dipercayai merujuk
kepada pemimpin Umno) di gelanggang politik.
Persoalannya siapakah
yang dimaksudkan oleh Ku Seman ini? Bukankah ia secara tidak langsung telah
memberikan gambaran yang buruk kepada Umno sekali gus kepada Datuk Seri Najib Tun
Razak sebagai Presiden parti?
Tambah menghairankan,
Ku Seman turut mengatakan, ada di kalangan blogger
hantu raya ini yang pernah DIBUANG
KERJA kerana RASUAH yang
akhirnya diangkat sebagai pejuang alam maya yang mewakili Umno.
Walaupun penulis artikel
tersebut tidak menyebut nama individu yang dimaksudkan, namun apabila beliau
mengaitkan Umno ia telah memberikan satu gambaran yang buruk kepada parti.
Yang secara tidak
langsung menyebabkan keseluruhan jentera alam siber Umno terpalit dengan
dakwaan tersebut. Sebagai salah seorang penulis akhbar arus perdana yang
dihormati, Utusan Malaysia seharusnya lebih berhati-hati dan bertanggungjawab.
Sekiranya ingin
mengkritik, mereka sepatutnya telus dan berterus terang, dan bukannya mengambil
pendekatan seperti seorang pengecut yang hanya berani ‘baling batu sembunyi tangan’.
Namun tindakan
pengecut Ku Seman, yang menulis tanpa menyebut nama individu yang dimaksudkan
bakal menyebabkan keseluruhan jentera Umno dilabel sebagai penerima dan pemberi
RASUAH.
Kesimpulannya Ketua
Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan perlu tampil untuk membela MARUAH dan membersihkan nama semua
pejuang maya parti yang tercemar dengan artikel tersebut.
Atau setidak-tidaknya
memanggil dan menggesa agar penulis artikel tersebut membuat penjelasan secara
terbuka berhubung dakwaan yang dilemparkan. Sekiranya GAGAL, Ahmad Maslan perlu
mengambil tindakan mahkamah agar perkara seperti ini tidak berulang lagi.
Rujuk Artikel : BLOGGER HANTU RAYA
Rujuk Artikel : BLOGGER HANTU RAYA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan