Rasululah sudah berpesan agar ditakuti ulamak suk dari takutkan singa. Hendaklah lari jauh2 dari mereka. Kita perlu ambik perhatian serius tentang hal ini kerana berdasrkan hadis, ulamak suk ini ramai terdapat pada akhir zaman iaitu zaman dimana kita berada.
Sabda Rasululah, akan berlaku pada akhir zaman, ahli ibadahnya jahil2 dan alim ulamaknya fasiq2.
Mari kita kaji ciri2 Ulamak Suk ini.
1.Mereka keluar dari sekolah dan jurusan tinggi pengajian Islam, yakni tempat keluarnya ulamak. Lalu mereka pun dipanggil ulamak. Pada hal mereka sebenarnya tidak layak pun dipanggil ulamak kerana ilmunya (kalau pun dia lulus) terlalu sempit dan sedikit. Ilmu yg dipelajari dalam Pengajian Islam hatta dalam Phd sekali pun agak terbatas dan disukat2.
2. Ibadah mereka tiada bezanya dengan ibadah orang awam . Yakni setakat mempertahankan rukun Islam yg lima sahaja dan sedikit buat tentang perkara2 yg sunat. Itu pun tidak dihiasi dengan roh ibadah. Cuma dijaga rukun dan syarat2 lahir sahaja. Ilmu hati, persoalan kejiwaan, sifat mahmudah dan mujahadah dengan nafsu tidak dipedulikan. Bahkan dianggap menyusahkan dan membuang masa. Begitu juga dengan wirid, zikir sudah tidak dibuat lagi. Pada hal dalam Islam sangat dianjurkan malahan disunatkan mengamalkannya.
3. Dunia yg sangat diburu ialah harta, pangkat, pengaruh,nama, kuasa dan lain2 lagi. Ilmu agamanya dialatkan untuk dapatkan ini semua. Jadi kita akan lihat kehidupan mereka yg mewah dan membazir, sibuk mencari publisiti dimana yg ada peluang. Tekan menekan untuk kenaikan pangkat dan kedudukan.
4. Untuk dapatkan apa yg dicintainya itu, mereka tidak fakir halal haram lagi! Mereka tidak fakir riba, dedah aurat, bergaul bebas, berbohong, menipu, berhutang, mungkir janji, rasuah, menganiaya, menzalimi dan lain2 kemaksiatan lagi.
5. Kalau ada kuasa, kerana takut hilang kuasa, mereka sanggup memfitnah, menghasut, menuduh dan menganiayai.
Rosak dikalangan umat ku ialah ulamak yang zalim dan siabid yang jahil. Yang paling rosak ialah kejahatan ulamk suk dan yang sebaik2nya ialah kerana kebaikan ulama(akhirat) ( Hadis diriwayatkan oleh Adarimi)
Kredit : Ir Jebat Moden
Tiada ulasan:
Catat Ulasan