17 Julai 2012

PUSAT LENDIR DI KEDAH, MEMANG UNTUK PARA PENGIKUT PAS DAN PAKATAN!!! UMNO SIBUK APA!!!

Ketika masalah kewujudan sebuah pusat karaoke di Baling disiarkan di portal ini (DI SINI), ia dibantah oleh Pemuda PAS dari Biro Pemuda Masjid Ridzwaniah, Pekan Baling. Seramai 25 orang pemuda menghantar memorandum bantahan kepada Pejabat Daerah, Majlis Daerah dan balai polis Baling. Ada juga kesedaran di kalangan Pemuda PAS Kawasan berkenaan untuk bertindak walaupun ia kelihatan seperti satu lawak jenaka.

Alasan yang diberikan oleh pimpinan PAS dan para penyokongnya ialah, pusat karaoke yang beroperasi di bangunan Pasaraya Aneka, Pekan Baling itu telah diluluskan pada zaman pentadbiran UMNO-BN. Apabila ditanya, mengapa pusat karaoke tersebut mengambil masa selama lebih tiga tahun untuk diwujudkan kalau ianya telah diluluskan lebih awal iaitu hanya pada masa pentadbiran PAS Kedah, sekali dalih bertukar.



Barangkali itulah alasan yang paling logik dan tidak boleh disanggah oleh sesiapa pun iaitu Pegawai Daerah dan Majlis Daerah yang meluluskan pusat karaoke tersebut adalah SAKI-BAKI UMNO dalam pentadbiran.

Dengan kata lain, PAS tak salah langsung. Dengan kata lain juga, PAS tidak ada kena-mengena langsung dalam hal ini walaupun mereka ada kuasa.

Begitu juga dengan HOUSE BAR dan beberapa pusat pelacuran lain yang baru tumbuh di sekitar Alor Star serta Mergong. (BACA DI SINI) Malangnya di Alor Mengkudu di mana letaknya HOUSE BAR, masyarakat PAS tidak langsung membantah. Sebaliknya MENGALU-ALUKAN kewujudan pusat maksiat berkenaan!!!... BACA SETERUSNYA DI SINI

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /