12 Julai 2012

Alah tak ngaku Imam Mahdi orang PAS

Memetik dari MyKMU:

Menilai dari tulisan dalam blognya juga secara jelas merujuk kepada keadaan jiwa yang kacau dan tidak tenteram.

Paling kelakar, dia cakap hebat pasal Islam, gambar profil dia sendiri tidak menutup aurat (pusat nampak). Apa pun itu urusan antara dia dan Allah swt sekarang.

Kalau boleh penulis ringkaskan dari kejadian yang berlaku di JPM kelmarin:-

1. Alasan mengamuk, kerajaan ini tidak Islamik kerana tidak melaksanakan perundangan Islam (hudud), adalah sinonim dengan perjuangan PAS.

2. Semua orang salah dia saja betul, sinonim dengan kaedah DAP.

3. Buat bini orang macam bini sendiri, sinonim dengan PKR, dan PAS (kalau boleh disebutkan).

Apa yang boleh dikatakan lagi?






Pakatan Rakyat, yang sering digelar Pakatan haram ini memang diketahui seringkali menganjurkan tema kebencian untuk menghasut rakyat Malaysia membenci UMNO, BN dan pemimpin-pemimpinnya.

Toksah nak mengelak, memang ini kesnya.

Oleh yang demikian, tidak hairanlah kalau di laman media sosial pro Pakatan haram ini seperti Facebook umpamanya, ayat-ayat yang digunakan sebagai tajuk ‘group’ pakat-pakat ini banyak yang berbunyi seperti ”Benci”, “Hancur”, “Musnah” dan seumpamanya untuk menggambarkan penentangan mereka terhadap UMNO.

Semua ini memang menjurus kepada politik kebencian menebal yang cuba dipupuk dikalangan generasi muda.

Malah kalau kita lihat dalam rusuhan Bersih 3.0 yang lepas, inilah pun pendekatan yang dipilih, merusuh dan mengganas.  Semua ini apa lagi kalau bukan manifestasi kepada benih politik kebencian yang mula rancak disemai sejak Mac 2008.

Di pihak PAS yang konon-kononnya memperjuangkan Islam itu begitu juga.  Semua ahli UMNO dikata akan masuk neraka, yang sokong dia akan masuk syurga.  Adakah orang baik-baik yang masuk neraka itu?  Sudah tentulah orang jahat dan berdosa, pendek kata dia gambarkan orang UMNO ini jahatlah.

Kebencian lagi.

Jadi janganlah hairan dan terkejut bila ada hamba Allah yang konfius dengan semua cacamarba yang dicetuskan Pakatan haram ini, terdorong untuk membawa pedang samurai, buka baju dan mengamuk di Kompleks Jabatan Perdana Menteri.

Menilai dari tulisan dalam blognya juga secara jelas merujuk kepada keadaan jiwa yang kacau dan tidak tenteram.

Paling kelakar, dia cakap hebat pasal Islam, gambar profil dia sendiri tidak menutup aurat (pusat nampak).  Apa pun itu urusan antara dia dan Allah swt sekarang.

SUMBER: http://www.mykmu.net/?p=21133



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /