12 Julai 2012

PAS DAJAL, ZALIM ... Saya Dicerai Kerana SOKONG UMNO - Che Hasnah

PASIR MAS 11 Julai - Usia perkahwinan yang menjangkau 14 tahun sepatutnya menjadikan hubungan kasih sayang antara suami isteri semakin erat.

Namun hanya disebabkan perbezaan fahaman politik, perasaan cinta yang terjalin hilang sekelip mata sehingga si suami sanggup menceraikan insan yang menjadi sebahagian daripada hidupnya. 

Itulah nasib yang menimpa Che Hasnah Che Ahmad, 61, seorang guru agama di Kampung Chabang Tiga, Chetok, Pasir Mas, apabila suaminya, Yahaya Ibrahim, 78, menganggapnya sebagai sesat kerana tidak menyokong Pas dan menceraikannya dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas di sini hari ini. 




Selagi ada fatwa-fatwa ini selagi itulah setiap manusia yang berada di muka bumi ini tidak akan dijamin masuk syurga. 

Yahaya Ibrahim, keluar dari mahkamah selepas menceraikan isterinya, Che Hasnah Che Ahmad (kanan) dengan talak satu kerana tidak sefahaman tentang parti politik yang disertainya.


Berapa ramaikah manusia di bumi yang telah dikafirkan oleh PAS kerana tidak menyertai parti itu. 

 Ambil contoh di Malaysia sudah cukup. Relevankah jika PAS dan Nik Aziz mahu melaksanakan Hukum Hudud hampir separuh orang Melayu beragama Islam yang menyokong UMNO telah jatuh kafir dan sesat.

Perlu diingat, sehingga kini PAS dan pemimpinnya masih belum lagi menarik balik kenyataan dan fatwa yang telah dikeluarkan.

Siapa yang mempolitikkan agama sebenarnya .......





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /