14 Julai 2012

HIMPUNAN OREN SEKADAR DEMONSTRASI KEBANGANGAN!!!

Walaupun para penyokong PAS begitu teruja dengan demonstrasi Oren di hadapan pintu pagar Istana Negara dan Masjid Wilayah Persekutuan, hakikatnya himpunantersebut mrmang telah gagal. Walaupun masing-masing cuba menunjukkan betapa ramainya orang PAS yang turun berdemonstrasi, jumlah yang hadir tidak sampai pun lima ribu orang.

Namun bukan jumlah yang dipertikaikan kerana masing-masing ada kaedah pengiraan dan matematik terutama yang melibatkan kumpulan sendiri.



Yang dikatakan gagal ialah, penyertaan yang berdemonstrasi sebenarnya lebih melibatkan kepada ahli-ahli PAS dan bukannya peneroka-peneroka FELDA meskipun Himpunan Oren sebenarnya adalah untuk para peserta FELDA. Atau dalam kata lain, PAS sebenarnya sedang syok sendiri dan cuba memancing undi daripada kelompokwarga FELDA meskipun pada masa yang sama, mereka sentiasa menentang rancangan untuk meningkatkan ekonomi kaum peneroka, bahkan sentiasa mencari peluang bagaimana hendak menjual tanah warga FELDA sepertimana yang dilakukan oleh Ketua Penerangan PAS sekarang, Tuan Ibrahim Tuan Man di Kerdau.

Antara 'perjuangan' atau lebih tepat lagi Mazlan Aliman adalah mendapatkan tanah FELDA Plantation untuk generasi kedua danketiga. Atau dengan kata lain memberitahu warga Felda generasi kedua dan ketiga bahawa mereka adalah pewaris tanah Felda dan segala macam keistimewaan perlu diberikan kepada mereka.

Taktik membahagi-bahagikan tanah sebenarnya merupakan sebahagian daripada helah PAS tetapi apabila mereka mendapat peluang seperti di Kedah dan Kelantan, ramai rakyat miskin di kedua-dua negeri tidak dapat walau segenggam tanah pun. Sebaliknya PAS lebih berminat dengan apa yang telah diusahakan oleh Kerajaan pusat dansudah berjaya untuk menunjukkan mereka lebih pandai danlebih berwawasan.

Walau berapa banyak tuntutan yag dibuat oleh PAS untu kononnya membela warga FELDA, perlu juga bertanya berapa banyak pula tuntutan yang telah mereka tunaian untuk Ladang Rakyat di Kelantan dan Ladang Sejahtera di Kedah? Adakah kewujudan ladang-ladang berkenaan telah membasi kemiskinan atau setidak-tidaknya telah membantu golongan miskin, atau sebenarnya yang bertambah kaya adakah taukeh-taukeh luar sepertimana yang berlaku dalam kes ladang Rakyat di Gua Musang?

PAS sangat sibukkan warga FELDA kerana undi warga FELDA besar jumlahnya tetapi pada masa yang sama, PAS tidak mampu pun untuk menunjukkan teladan tentang keberkesanan mereka menguruskan dan menambahkan perolehan buat peserta-peserta ladang ciptaan mereka.

Tidakkah itu sebenarnya satu lagi kegagalan besar PAS walaupun mampu menghimpunkan ribuan demonstrator setelah ahli-ahli PAS diarahkan turun oleh Presiden PAS sendiri?

Yang menimbulkan pertanyaan, mana warga FELDA yang sepatutnya menjadi penyertaan terbesar dalam Himpunan Oren itu?

SUMBER: THEFLYINGKICK

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /