16 Julai 2012

Himpunan Oren Gagal !!! Sekadar Himpunan Penyokong PAS Bukannya Himpunan Peneroka

TAPAH - Himpunan Oren Selamatkan Felda di ibu negara semalam yang gagal mencapai sasaran kehadiran 20,000 warga peneroka membuktikan peneroka yakin dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) di Bursa Malaysia, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

 Beliau mendakwa majoriti daripada kira-kira 4,000 penyokong yang hadir pada perhimpunan anjuran Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) itu adalah daripada parti pembangkang.

 "Saya nak ucapkan tahniah kepada peneroka kerana tidak menyokong perhimpunan itu, apa kita (kerajaan) buat adalah jalan yang betul," kata Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Tapah 2012 di sini, hari ini.

Mengenai tindakan pihak tertentu menggunakan gambar bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah di laman blog bertujuan memancing orang ramai menghadiri perhimpunan itu, Ahmad berkata perbuatan itu amat tidak bertanggungjawab.

Mereka semua ini muka peneroka FELDA kah ?? Haha...Sahlah PAS sudah hilang sokongan peneroka sehingga terpaksa jual muka Pak Lah dan Tengku Razaleigh kononnya mereka juga tidak setuju dengan penyenaraian FGVH di bursa Malaysia

 "Kedua-dua pemimpin tidak pernah menyatakan tidak setuju dengan penyenaraian ini dan mereka melalui wakil-wakilnya telah menafikan penglibatan mereka tentang hal himpunan itu," jelasnya. Perhimpunan itu diadakan bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong meminta campurtangan Seri Paduka terhadap penyenaraian FGV. - Bernama

Skuad Elit Fisabillil Nik Aziz Wal Hj Hadi,siap siaga huru-harakan negara demi sifat kebencian yang ditanam pemimpin PAS terhadap segala usaha baik kerajaan untuk negara 
  

  Part time job ,menge'PAU' duit rakyat dari Kuning sampai Oren,kata mereka ini sedekah jariah untuk fisabillillah padahal ,buat buaya-buaya besar yg sedang berucap diatas sana


 Kalau betul ini himpunan untuk peneroka,kenapa PAS sibuk keluarkan surat rasmi parti kerahkan ahlul-ahlul PAS seluruh negara untuk turun berhimpun ...sahlah ini PAS sudah tahu para peneroka sendiri sudah boikot Himpunan Oren ini...kahkahkah

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /