Ia bukan lagi untuk mempertahankan integriti atau perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan tetapi telah menjadi satu perlumbaan di kalangan pemimpin Pakatan Haram,siapa yang paling banyak membuat pendedahan dia menang.Samada perkara yang didedahkan berlandaskan kepada fakta atau berunsur fitnah dan tohmahan bukanlah satu perkara yang penting.Yang maha penting bagi Pakatan Haram sesuatu isu itu ada kena mengena dengan kerajaan BN dan lebih beruntung bagi mereka bagi mereka jika isu tersebut mempunyai nilai negatif.Menghidu sesuatu yang boleh memberi kelebihan politik kepada mereka,Pakatan Haram tidak menunggu lama tetapi terus menerkam untuk menuduh kerajaan dan menconteng imej seburuk yang mungkin.Tujuannya hanya satu iaitu untuk meraih undi dan simpati rakyat pada pilihan raya umum akan datang dengan harapan dapatlah mereka merasa kerusi empuk di Putrajaya.padahal sebelum ini mereka juga mengatakan Putrajaya akan di lelong bila dah siap.
Tindakan individu seperti Rafizi bukan didorong oleh perasaan tanggungjawab dan cinta kepada negara tetapi agenda peribadi dan politik yang jijik.Biar kerajaan Malaysia dan pemimpinnya yang dipilih secara sah oleh rakyat dihina,dicaci dan difitnah hatta di persada antarabangsa sekali pun,namun Pakatan Hara, sedikit pun tidak berasa salah malah mendapat kepuasan luarbiasa daripada perbuatan mereka.Pernahkah Rafizi terfikir beliau telah melakukan kesalahan dengan melanggar Akta Institusi Kewangan 1989 apabila beliau mendedahkan 21 dikumen yang berkaitan dengan akaun milik NFCorp dengan dibantu oleh seorang kakitangan bank berkenaan yang juga penyokong PKR.Beliau dengan mudah sekali berkata 'terlupa' untuk menyemak akta tersebut sebelum membuat pendedahan butiran akaun dan menyebarkan salinan kepada pihak media.
Akibatnya,seorang menteri kabinet yang tidak bersalah terpaksa meletak jawatan dan seorang kakitangan bank yang telah berkhidmat 20 tahun serta mempunyai keluarga hilang pekerjaan dan berdepan dengan risiko dipenjara 5 tahun dan denda RM5 juta.Kini setelah NFC tidak lagi menjadi isu glamer bagi Rafizi dan bosnya,Anwar,maka mereka beralih pula untuk menghentam Perdana Menteri dengan harapan kejayaan mereka mendesak seorang menteri melepaskan jawatan boleh juga diulangi terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.Semua ini dilakukan berdasarkan pembohongan atau dalam bahasa pakar propaganda 'half truths' yang dipintal atau 'spin' supaya dilihat sebagai 'credible' atau berwibawa dan seterusnya boleh diyakini oleh rakyat.
Objektifnya adalah untuk mengalih pandangan rakyat daripada isu yang lebih besar yang membelenggu pembangkang terutamanya janji-janji yang mereka gagal laksanakan yang dibuat semasa pilihan raya lalu dan skandal kewangan dan rasuah yang terpalit pada pemimpin mereka.Umpamanya Anwar sehingga kini terus membisu mengenai dakwaan memiliki aset bernilai RM3 bilion dalam 20 akaun besar semasa menjadi Menteri Kewangan ataupun pendedahan video seks dengan seorang pelacur berbangsa Cina.Azmin Ali pula membisu mengenai pemilikan wang, harta yang aset yang besar serta saham jutaan ringgit di bawah nama isterinya.
Begitu juga di Selangor,Anwar membisu mengenai isu geran Selangorku berjumlah RM300 juta yang dpercayai adalah dana politik PKR yang dicuri daripada perbendahaan negeri.Hakikatnya semakin banyak isu yang dibongkar oleh Pakatan Haram, semakin rakyat sedar bahawa mereka sebenarnya amat terdesak atau 'desperate' untuk mencari populariti.semuanya kena balik kat batang hidung mereka sendiri.Setelah gagal membuktikan kemampuan mereka membela nasib rakyat,Pakatan Haram tidak ada pilihan lain kecuali mereka-reka fitnah terhadap kerajaan dan Perdana Menteri.Rakyat memerlukan sebuah kerajaan yang menjadi jaguh kebajikan mereka bukannya saudagar yang menjual mimpi dan fantasi yang belum pasti menjadi realiti.betul tak pembaca BLogZoOMeR??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan