14 Julai 2012

Syok Mahasiswa Merokok Di Perhimpunan Oren


KUALA LUMPUR – Pengikut-pengikut Himpunan Oren baru sahaja selesai menunaikan solat fardu Zohor sebelum memulakan perarakan mereka dari Masjid Wilayah ke Mahkamah Tinggi dan seterusnya menuju ke Istana Negara.

Kebanyakan pengikut yang hadir dalam Himpunan Oren ini rata-ratanya tidak mengetahui objektif sebenar himpunan diadakan.

Bukan itu sahaja, pengikut-pengikut himpunan itu hanyalah dimeriahkan oleh ahli-ahli Pas sahaja, tanpa kehadiran peneroka.





Apa yang pelik, terdapat juga sekumpulan mahasiswa dari kumpulan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) juga terlibat dalam himpunan di Masjid Wilayah ketika ini.

Mereka hanya melepak di tepi perkarangan masjid sambil menghisap rokok tanpa menyertai jemaah yang menunaikan solat.

Adakah mereka anak-anak kepada peneroka? Yang pasti, ketika diminta untuk memberikan penjelasan penglibatan mereka, mereka enggan dan beredar dari tempat melepak.

Ketika ini, seramai 1500 pengikut sedang berkumpul sebelum memulakan perarakan mereka.

Turut kelihatan adalah belas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin. -MYNEWSHUB
Foto: YUMNI HARUN.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /