17 Julai 2012

Gerombolan Keldai Pembangkang Meroyan Baca Entri Liwat Terbaru PapaGomo

Geli hati melihat reaksi penyokong tegar pembangkang yang meroyan tidak tentu pasal selepas blogger Papagomo dakwaan ada laporan liwat terbaru terhadap Anwar Ibrahim. Nampak sangat mereka tidak sanggup lagi bertuankan seorang pemimpin yang rendah moral seperti Anwar Ibrahim.

Jika yakin berita itu tidak benar, tidak perlu memberi reaksi berlebihan. Apa yang mahu digusarkan? Rakyat sudah lihat dan alami sendiri banyak siri pembohongan Anwar Ibrahim termasuk 'Janji 16 September ke Putrajaya',  janji jawatan YDP MAIPP kepada ADUN PAS Permatang Pasir, Janji selamatkan Kg Buah Pala dan banyak lagi.

Malah, semakin ramai mempercayai bahawa Anwar Ibrahim adalah manusia yang hipokrit dan rendah moralnya.

'Mempertahankan keselamatan negara Israel' ya ? Anwar Ibrahim dan konco-konco PKR sosialis & sekular adalah perosak negara !!!


Dakwaan liwat terbaru: Reaksi pembaca
Wartawan Sinar Harian

Orang ramai khususnya pembaca laporan atas talian melihat perkembangan terbaru susulan laporan blog pro-Umno, menyentuh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, dari perspektif yang berbeza dengan pengikut Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) masing-masing memperlihatkan pendirian sendiri – ada yang menerima dan ada yang mengecam teruk.

Ada yang menganggap perkembangan terbaru, yang didedahkan lewat malam tadi sebagai satu lagi konspirasi BN khususnya Umno dalam mengekang pergerakan politik Anwar.

Sebaliknya, pengikut BN melahirkan pendirian sebaliknya.

K-run Ariffin, antara pembaca yang awal memberi reaksi sebaik sahaja Sinar Harian Online membawa laporan ini awal pagi tadi berkata, "buh laa liwat berapa kali punn...orang tidak percaya kat Umno/BN dahhh."

Aman Hakim pula menasihatkan pihak yang hendak menghasilkan konspirasi agar menggunakan cara atau pendekatan lain atau yang inovatif, bukannya mengulangi taktik yang sama.

Dia dilihat merujuk kepada kes liwat pertama dan kedua melibatkan Anwar. Anwar telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur awal tahun ini.

"Cubalah buat filem lain pulak... DSAI ada 'imune spiderman' ke, DSAI boleh jadi 'vampire' macam Edward Cullen ke, DSAI the movie versi 3D ke... ini skrip yag sama je.. naik bosan dah. Makin merepek… mana la nak box office gini."

Bagaimanapun pembaca bernama Muhammad Zulhairi Fetani berkata, "walau apa pun yang terjadi, si bebal dan si lembab akan tetap beriman dengan kesucian Anwar Ibrahim."

Pembaca bernama Bob mengambil sikap berkecuali sambil berkata, "ketawakan saja dengan negara Malaysia ini."

Dengan nada sindir, pembaca bernama Fzymeli Md Isa menulis, "kalau buat skrip DSAI jadi Ultraman kan bagus, tak pun kalau meluat sangat kat dia buat skrip jadi hantu mak limah."

Mungkar Nakir pula berkata, "menyampah politik tak sihat dah hilang akal mampus."

Suhaimi Idris menganggap "apa saja datang daripada papabongok adalah "bongok" sebagaimana keadaannya."

Seorang lagi pembaca, Othman Mohd tidak dapat menerima laporan terbaru ini.

Dia berkata, "tak ada orang nak caya (percaya) dohhh puak Umno niiii.. p aih cherohh duk bohonh gitu laa... ingat Tuhan tu maha kaya... Umno pasti berkuburrrr...insya-ALLAH."

Muhd Nurikhwan Abdullah menulis, "abaikan saja berita macam ini. Tidak tau lagi kebenarannya... benar atau bohong kita tidak layak nak jadi hakim... sila abaikan sahaja khabar angin ini. Bulan Ramadan nak tiba."

Rafka Danial berpendapat bahawa "buat la apa-apa pun kat individu bernama Anwar..., yang pasti rejim BN mesti dihapuskan di muka bumi Malaysia."

Seterik Farick mengambil pendirian berkecuali dengan berkata, "betul atau tidak mahkamah akan tentukan. Yang untungnya BN sebab ketua pembangkang itu akan terus terikat di pintu mahkamah. Kuranglah masanya nak berkempen."


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /