14 Julai 2012

Najib Tun Razak: Perjuangan Kerajaan Persekutuan berteraskan Islam

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perjuangan Kerajaan Persekutuan masa kini adalah berteraskan tuntutan Islam di bawah konsep Maqasid Al-Shariah.

Beliau berkata antara dasar Maqasid Al-Shariah yang diamalkan kerajaan ialah memelihara dan memperkasakan Islam namun pada masa sama, ia memelihara jiwa dan menghormati hak asasi manusia baik untuk Muslim dan juga bukan Muslim.

Sebagai menghormati hak asasi rakyat Malaysia, katanya kerajaan telah menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).



"Jauh sekali kita meminggirkan Islam ataupun ketepikan Islam tetapi perjuangan kita ialah perjuangan yang dituntut oleh Islam," katanya semasa berucap pada Majlis Jasamu Dikenang Allahyarham Ustaz Nik Mohamed Mohyideen Wan Musa di Kolej Islam Sultan Alam Shah di sini hari ini.

Nik Mohamed Mohyideen adalah pengetua pertama Kolej Islam Malaya/Klang yang kini dikenali sebagai Kolej Islam Sultan Alam Shah selain pengasas Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. - Bernama

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /