Setiausaha Agung Veteran Umno Malaysia Datuk Mustapha Ya’akub berkata, persidangan bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan disertai 670 perwakilan dari seluruh negara.
“Seramai 670 perwakilan bakal hadir di mana 470 daripadanya merupakan perwakilan dari 89 bahagian seluruh negara dan 200 ahli veteran Umno dari 10 negeri,” katanya pada sidang media di sini, hari Khamis.
Beliau berkata persidangan akan disertai veteran-veteran Umno seperti termasuk dua bekas perdana menteri, bekas menteri-menteri dan anggota majlis tertinggi.
Katanya, pada persidangan itu juga timbalan pengerusi Datuk Mohamad Zaid Sirat akan dicabar Datuk Jaafar Hamzah dan Datuk Noordin Yaani.
Tan Sri Mohamad Tajul Rosli Mohamad Ghazali memenangi jawatan Pengerusi tanpa bertanding setelah Tan Sri Tajudin Ali melepaskan jawatan kerana uzur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan