24 April 2014

TANAH MENDAP DI KUALA LUMPUR

image (10)
KUALA LUMPUR – Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) menafikan dakwaan bahawa sebuah kereta terjatuh dalam mendapan yang berlaku di Jalan Bukit Bintang, hari ini.

Pengarah Strategi Komunikasi dan Perhubungan Awamnya, Amir Mahmood Razak berkata, mendapan itu tidak menghasilkan lubang yang besar sehingga menyebabkan kerosakan harta.

SOP kami bertindak segera dan jalan itu terus ditutup apabila mendapan itu dikesan. Saya menafikan segala rumor yang tersebar mengatakan bahawa kereta telah terjatuh ke dalam lubang.

Saya gesa agar pihak yang menyebarkan rumor berkenaan menghentikannya kerana tindakan tidak bertanggungjawab itu boleh menimbulkan panik kepada orang awam,” katanya dalam satu kenyataan.

Laluan yang terlibat dilaporkan akan ditutup sehingga 6 pagi esok.

Dalam kenyataan sama, MRT Corp berkata, tindakan segera berkenaan diambil berikutan kontraktor kerja-kerja bawah tanah Projek MRT, MMC Gamuda KVMRT (T) mengesan berlaku sedikit mendapan di bawah laluan pejalan kaki.

Apabila mendapan itu dikesan, kontraktor segera mengerahkan Emergency Response Team (ERT) dan menghubungi pihak berkuasa.

Keputusan itu dibuat berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Projek MRT untuk menutup sehingga jarak 500 meter Jalan Bukit Bintang itu bagi memastikan risiko minimum kepada orang awam,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu juga, penutupan jalan yang bermula sejak 9 pagi tadi membolehkan kerja mengukuhkan tanah dengan menurap kawasan di bawah laluan itu.

Jalan di Bukit Bintang akan ditutup sehingga 6 pagi esok untuk tujuan mengukuhkan tanah itu. Dalam tempoh penutupan itu, laluan trafik bertentangan akan dikawal manakala laluan trafik dari Bukit Bintang menghala ke Jalan Tun Razak akan diarahkan kepada dua laluan bertentangan,” katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /