24 April 2014

EXCO SELANGOR PERLU LETAK JAWATAN.

Exco Selangor perlu letak jawatan
KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Selangor perlu bertanggungjawab di atas krisis air yang berlaku di Lembah Klang kerana kesilapan mereka menidakkan analisis dan amaran yang dibuat oleh pakar-pakar beberapa tahun lalu bahawa masalah bekalan air akan berlaku pada tahun ini.
 
Ekoran itu, Pengerusi Sekretariat Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Selangor, Datuk Jamal Yunos mahu semua exco kerajaan negeri Selangor meletak jawatan kerana mereka gagal menyediakan bekalan air bersih kepada rakyat.
 
Kerajaan Pusat dan pakar-pakar sudah memberi amaran mengenai krisis air pada tahun 2014 sejak beberapa tahun lalu, namun kepimpinan negeri terlampau mempolitikkan semua perkara.
 
Kepimpinan negeri juga suka buat kenyataan sesuka hati tanpa merujuk pakar dan kini rakyat sudah hilang sabar. Tidak perlu ada kerajaan negeri mentadbir jika sumber air terpaksa balik kepada cara zaman purba,” tegasnya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /