25 April 2014

SHAH JASZLE BERCINTA DENGAN WANITA BERHALKUM

halkum
Isu Curang Shah Jaszle bukan lagi kisah baru dalam industri hiburan sekarang. Berbagai cerita timbul mengenai hal ini tapi apa yang menarik admin di sini ialah mengenai dengan Halkum kekasih baru beliau.. Adakah kekasihnya seorang lelaki???
 
Admin mengambil petikan dari portal murai.com untuk di kongsikan bersama di sini.
 Terus-terang Murai Batu sebenarnya tidak terkejut langsung apabila mendapat tahu bahawa aktor Shahz Jaszle sudah pun memutuskan pertunangannya dengan Redzwani Puteri.
Malah pun Murai Batu tidak hairan apabila Shahz Jaszle dilaporkan sudah pun mempunyai teman wanita baru.
Yelah, bukan pertama kali dia buat macam ni. Dulu dengan awek yang kerja bank tu, tapi dia tak mengaku pulak setelah didakwa di mahkamah atas tuduhan berkhalwat dengan gadis itu sambil memakai boxer.
Dek kerana insiden hitam itu, keluarga Redzwani Puteri nak putuskan pertunangan dengan Shahz Jaszle tapi ianya tidak dipersetujui oleh Redzwani sebab Redzwani dilaporkan sayang giler dengan aktor yang berwajah handsome ini. 
Memang ramai yang marah dan tidak setuju dengan keputusan yang dibuat oleh Redzwani itu. Sebabnya, ramai yang skeptikal bahawa Shahz Jaszle mampu berubah dan menjadi lelaki yang setia. Tapi, apakan daya, ianya kehendak yang empunya badan.
Malah, ada yang siang-siang lagi sudah optimis bahawa Shahz Jaszle akan buat hal lagi dengan Redzwani dengan menjalinkan hubungan dengan perempuan lain.
Entahlah. Tak tahulah apa lagi yang Murai Batu nak cakap. Yang nyata memang nampak sungguh kemesraan Shahz Jaszle dengan kekasih barunya itu.
Kebetulan Portal Murai dan Astro Gempak ada menyiarkan kisah Shahz Jaszle dengan kekasih barunya itu yang bernama Hanis Husna.
Dalam laporan tersebut, Hanis Husna telah mengesahkan di Instagram miliknya bahawa Shahz Jaszle sudah pun putus tunang.
Cuma… Murai Batu nak tergelak apabila membaca komen pembaca-pembaca Murai di laman sosial Facebook tentang kekasih Shahz Jaszle ini.
Lebih-lebih lagi bila mereka memperkatakan tentang ‘halkum’ Hani Husna. Nampak kelakar sebab kita semua tahu bahawa halkum ini hanya akan ada pada manusia berjantina lelaki tetapi apabila kelihatan pada seorang wanita, ianya menjadi lucu dan menimbulkan persoalan lain.
Menerusi gambar ini, anda akan perasan menerusi bulatan merah bahawa kelihatan sesuatu tersembul di leher kekasih Shahz Jaszle yang kelihatan seakan halkum.
Murai Batu tak mahulah timbulkan apa persoalan lain itu, lagipun kita sendiri tidak pasti sama ada itu halkum atau apa, jadi jangan memandai nak buat spekulasi.
Selain komen pasal `halkum`, rata-rata komen turut mengkritik tindakan Shahz Jaszle yang terlalu cepat bertukar kekasih ibarat menyalin baju.
Hai entahlah Murai Batu nak komen apa pasal isu ini, tunggu sahajalah jawapan dari Shahz Jaszle sendiri ye.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /