24 April 2014

KEPALA BABY DIHENTAK DI DINDING

vakuum-mark-2

Seorang bayi  perempuan berusia setahun meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah pada Jumaat lalu dipercayai didera oleh sepasang suami isteri yang menjaganya berikutan ibu bapa mangsa keluar Negara.


Ketika disoal siasat polis,suspek lelaki mengaku menghenjut mangsa dalam keadaan kepala kebawah dan kaki keatas berulang kali tanpa kesian belas dan menyebabkan kepala mangsa terhantuk kelantai dan mengalami pendarahan dalaman.

Mangsa disahkan meninggal dunia pada 6.40 pagi selepas dibawa pasangan suami isteri berusia 30-an itu yang juga kenalan ibu bapa mangsa untuk mendapatkan rawatan kecemasan selepas bayi malang itu dalam keadaan lemah ketika mahu diberikan susu.

Difahamkan terdapat kesan pendarahan teruk dikepala mangsa selain lebam di tangan dan kaki.
Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Azman Ayob berkata,mangsa  dan kakaknya berusia empat tahun,ditinggalkan ibu bapanya kepada pasangan terbabit  yang tinggal di jalan Omri di sini kerana mereka keluar negara.

Menurutnya,bayi malang itu disahkan meninggal dunia sejurus tiba diunit kecemasan HPSF.Beliau berkata polis menahan sepasang suami isteri yang membuat terlebih dahulu laporan mengenai kematian mangsa bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Mayat mangsa dibedah siasat pakar forensik dari Hospital Melaka untuk mengetahui punca kematian dan hasilnya mendapati terdapat beberapa kesan lebam pada tangan dan kaki mangsa selain pendarahan teruk di kepala dipercayai bukan disebabkan kemalangan,” katanya di sidang  media di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar semalam.

Beliau berkata,kedua-dua suspek ditahan pada jam 8 malam pada hari yang sama.
“Pasangan suami Isteri itu kini di direman tujuh hari sehingga 25 April bagi membantu sisatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,”katanya.

Menurut hasil semakan,pasangan suami isteri berkenaan tiada rekod jenayah manakala ujian air kencing juga didapati negatif dadah.

Katanya,Pihaknya akan menyerahkan kertas  siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.

Suspek dan isterinya adalah guru sukerelawan dipusat kebudayaan di bandar ini dan mereka menyewa rumah berkenaan sejak sebulan lalu serta menjadikannya sebagai pusat jagaan kanak-kanak pada siang hari,katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /