23 April 2014

Janin Dibuang Didepan Surau,

suara.tv-Mohamad


Kajang:Kami sangkakan bungkusan itu berisi buah disedekahkan kepada jemaah surau. Namun kami terkejut apabila kandungannya berisi janin bayi lelaki,” kata seorang jemaah Surau Ittifaqiah, Taman Delima di sini, yang hanya mahu dikenali sebagai Haji Amal, 50-an.

Dia antara 20 jemaah yang hadir bersolat Subuh di surau itu sebelum menemui mayat janin bayi cukup sifat yang diletakkan di dalam bungkusan plastik. Menurutnya, janin bayi itu yang sudah mula reput dan berbau busuk itu sengaja diletakkan di atas kerusi di bahagian belakang surau berkenaan.

Ada kemungkinan janin bayi itu diletakkan di surau ini antara jam 3 hingga 4 pagi semalam. Berdasarkan keadaannya, kami percaya janin bayi itu sudah dilahirkan sejak lebih dua hari lalu,” katanya.

Dia berkata, jemaah surau itu sudah biasa menemui bungkusan ditinggalkan di atas kerusi di surau berkenaan berikutan ramai penduduk yang rajin bersedekah serta menyalurkan sumbangan.

 bayi mereka,” katanya. Sementara itu, pengerusi surau berkenaan, Basri Abdul Rashid berkata, dia antara individu terawal yang menyedari kewujudan bungkusan pelik yang diletakkan di atas kerusi berkenaan.

“Saya mula berasa pelik apabila terhidu bau busuk sebaik mendekati plastik itu. Bagaimanapun, saya tidak bercadang membuka plastik itu, sebaliknya menyempurnakan solat Subuh terlebih dahulu,” katanya.

Basri berkata, dia kemudian meminta salah seorang jemaah membuka bungkusan plastik yang diikat mati itu.

Sebanyak empat lapis plastik dilerai ikatannya sebelum kami menemui mayat bayi yang masih dalam keadaan bertali pusat dan sudah mula membengkak.

Seorang jemaah yang kebetulan membawa telefon bimbitnya segera menghubungi polis berhubung penemuan itu sebelum anggota polis tiba untuk melakukan siasatan,” katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /