02 April 2014

Kekasih Zul Helmi Masih Berstatus Isteri Orang ?!



Zul Huzaimy bercinta dengan isteri orang - Zul Huzaimy pernah menggemparkan dunia hiburan tempatan apabila secara tiba-tiba menceraikan Nor Dalilah Muhammad, bekas isterinya tiga tahun lepas tanpa memberitahu sebabnya.

Ada spekulasi mengatakan, punca penceraian itu ada kaitan dengan sikap Zul Huzaimy yang tergila-gilakan seorang wanita di laman sosial Facebook.

Bagaimanapun, spekulasi berkenaan senyap begitu sahaja tanpa pencerahan lanjut. Baru-baru ini pihak kami telah menerima dua keping foto pelakon kacak itu bersama seorang wanita yang dipercayai teman wanitanya.

Di laman Instagram Zul pula, beliau turut berkongsi foto bersama wanita itu dan secara terang-terangan membahasakan wanita tersebut dengan panggilan sayang.



Menariknya tentang wanita berusia 28 tahun itu yang didakwa berasal dari Kuala Lumpur dan merupakan pelakon bagi sebuah drama terbitan produksi swasta, dia dikatakan masih berstatus isteri orang. Benarkah dakwaan ini?

Apapun, kita tunggu sahaja penjelasan dari Zul mengenai status sebenar hubungannya dengan wanita yang dibahasakan beliau dengan panggilan sayang.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /