Bercakap kepada Kosmo! , dia sebenarnya langsung tidak menyedari hal itu sehinggalah dia melihat melihat Twitter. Kata kakak kepada pelakon Nelydia Senrose ini, dia sungguh terkejut apabila terdapat cerita yang mendakwa dirinya tidak memakai coli.
“Saya hanya mampu ketawa apabila dituduh sebegitu. Saya bukan bodoh untuk keluar tanpa memakai coli dan memalukan diri sendiri. Mereka harus lihat gambar itu betul-betul sebelum membuat cerita yang mengaibkan saya.
Uqasha berkata demikian ketika dimina mengulas mengenai gaun tersebut menimbul kontroversi apabila dia dilihat seolah-olah tidak memakai coli. Perkara ini sudah menjadi hangat di internet, bahkan ada yang menuduhnya mengikut fesyen artis Hollywood.
Namun, jika gambar itu diteliti bukanlah Uqasha tidak memakai coli, sebaliknya bekas jahitan yang kelihatan.
Jelas Uqasha lagi, sebelum keluar rumah dia sudah lihat pada cermin beberapa kali dan tanya pada adik saya, okey atau tidak baju yang dipakainya. Malah dia tidak perasaan langsung bekas jahitan akan kelihatan sedemikian rupa.
“Saya yang malu untuk mengulas isu ini walaupun saya tidak salah. Otak saya masih waras dan tahu adat budaya Malaysia. Bagi saya, orang yang membuat cerita ini sudah tidak ada cerita untuk ditulis. Alangkah lebih baik jika mereka tanya sendiri hal itu kepada saya. Saya tidak kisah andai perkara yang ditegur itu benar berlaku tetapi tidak, mereka hanya mengada-adakan cerita yang tidak benar.
"Memang sangat malu. Sebabnya bukannya ada apa-apa, cuma bekas jahitan baju itu yang kelihatan. Saya harap selepas ini janganlah cepat membuat kesimpulan sebelum bertanya sendiri hal yang sebenar kepada saya”, katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan