24 April 2014

PAS Kelatan Mengkaji Semula Perlaksanaan

 
po_03.1
 
ALOR SETAR 23 April – Kerajaan Pas Kelantan disaran agar mengkaji semula pelaksanaan hukum hudud yang ingin dijalankan negeri itu kerana hukum hudud Islam merangkumi semua pihak termasuk orang bukan Islam.
 
Pengasas Pondok Geting Tumpat, Kelantan, Abdullah Sa’amah berkata, kerajaan Pas Kelantan sebelum ini menyatakan hukum hudud yang ingin dijalankan di Kelantan hanya merangkumi orang Islam sahaja.
 
Sedangkan kata Abdullah, hukum hudud yang sebenarnya adalah merangkumi ke atas orang Islam dan orang bukan Islam.
 
“Hudud Islam kena dua-dua pihak (orang Islam dan bukan Islam), tetapi hukum hudud Pas hanya merangkumi orang Islam sahaja, ini zalim.
 
“Di dalam kitab Majmuk Al Imam Al-Nawawi ada menyebut bahawa jika ada kes berkaitan orang Islam dan bukan Islam, contohnya orang bukan Islam mencuri harta orang Islam, tidak ada khilaf lagi bagi hakim untuk menjatuhkan hukum hudud ke atas orang bukan Islam tersebut.
 
“"Kalau hendak suruh orang bukan Islam ke mahkamah lain dan bukannya laksanakan hukum hudud untuk satu kes seperti ini, ia adalah tidak betul,”
 
 katanya ketika ditemui di Mentaloon di sini hari ini.
 
Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan Kerajaan Pas Kelantan yang akan membawa usul rang undang-undang persendirian dalam sidang Dewan Rakyat bagi melaksanakan hukum hudud di negeri itu menjelang 2015.
 
Keputusan itu susulan kesediaan Kerajaan Persekutuan memberi laluan kepada mana-mana negeri menguatkuasakan hukum hudud di negeri masing-masing.
 
Walau bagaimanapun, DAP menerusi Penasihat, Lim Kit Siang dan Ketua Publisiti, Tony Pua serta Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N. Surendran memberi peringatan keras kepada Pas bahawa hukum hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang dan sebarang cubaan untuk membentangkan usul rang undang-undang tersebut di Dewan Rakyat akan ditentang.
 
Tambah Abdullah, semua pihak wajib menolak pelaksanaan hukum tersebut jika Kerajaan Pas Kelantan ingin menjalankannya mengikut cara mereka sendiri.
 
“Jadi wajib untuk kita menolak hukum hudud Pas ini kerana ia bukan hukum hudud Islam, mereka ingin laksanakannya semata-mata kerana politik,” jelasnya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /