25 April 2014

PAM AIR PENYELESAIAN KRISIS AIR DI LEMBAH KLANG




Krisis Air : Adakah Pam Air Lombong Jalan Penyelesaian Terbaik?
 
Krisis air yang melanda Selangor dianggap sebagai kritikal dalam sejarah. Namun persoalannya krisis air yang menyusahkan rakyat ini sepatutnya boleh dielakkan dengan pembinaan Langat2. Namun atas kedegilan dan “bodoh sombong” pentadbiran pakatan yang menolak pembinaan Langat 2 kononnya ada banyak lagi penyelesaian yang lebih murah untuk mengelakkan kenaikkan tarif air seperti teknologi Membran dan lain-lain lagi maka rakyatlah yang terpaksa menderita apabila berlakunya pencatuan air.
 
Ramai yang terpaksa mandi di pejabat dan ramai juga yang tidak mandi seharian akibat dari catuan air ini. Namun perkara yang rakyat langsung tidak boleh bertolak ansur apabila mereka terpaksa menunaikan “hadas besar dan kecil” dalam keadaan tanpa air. Cuba bayangkan berapa orang dalam sehari yang ‘menyumpah seranah” kerajaan pakatan Selangor?
 
Semalam kerajaan negeri Selangor mengeluarkan kenyataan bahawa mereka bersedia untuk menghentikan catuan air yang dilaksana sejak Mac apabila paras air di Empangan Sungai Selangor meningkat ke 42 peratus. Namun begitu hingga kini paras airEmpangan Sungai Selangor masih berada di bawah paras kritikal iaitu 38.97 peratus dengan jumlah takungan 89.63 juta liter padu.
 
Memandangkan empangan Sungai Selangor yang membekalkan kira-kira 60 peratus keperluan pengguna di Lembah Klang maka penanda aras penarikan balik catuan air terletak pada paras empangan Sungai Selangor. Namun tindakan yang bakal diambil kerajaan pakatan Selangor yang meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk membina infrastruktur bagi kerja-kerja mengepam air dari kolam bekas lombong sekitar Lembangan Sungai Selangor ke Sungai Selangor menimbulkan kebimbangan. Ini memandangkan kandungan logam yang tinggi dalam air lombong amat merisaukan kita.
 
Sembilan buah pam berkeupayaan tinggi akan disediakan bagi mempastikan kerja-kerja pengepaman memberi kesan maksimum dan mampu meningkatkan paras air di Sungai Selangor. Ianya juga akan digunakan bagi mengepam air Sungai Selangor ke kolam takungan apabila paras air sungai mencapai paras normal.
 
Sekiranya pembinaan Empangan Langat 2 diteruskan sepertimana yang dirancang oleh kerajaan Barisan Nasional Selangor sebelum ini maka segala catuan air ini tidak akan berlaku. Dan rakyat Selangor juga tidak perlu risaukan musim kering berlanjutan yang diramal akan berlaku antara Mei sehingga September ini.
 
Namun disebabkan “kebodohan” kerajaan pakatan Selangor maka mereka seperti “meraban dalam kegelapan”. Kerja mengepam air lombong ke dalam Sungai Selangor telah dimulakan sejak tiga hari lalu dan ianya melibatkan sembilan daripada lebih 26 bekas lombong bijih timah yang ada. Pam berkapasiti tinggi itu mampu mengepam air sebanyak 50 juta liter sehari.Krisis air ini merupakan satu pengajaran yang amat berguna kepada rakyat Selangor. Mereka dapat melihat dengan jelas ketidakupayaan pakatan pembangkang mentadbir negeri. Pakatan hanya tahu memundurkan Selangor yang selama ini merupakan antara negeri yang termaju di Malaysia. Krisis air ini akan menyebabkan para pelabur luar menarik balik pelaburan mereka sehingga menjejaskan perkembangan ekonomi Selangor.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /