30 April 2014

PERHIMPUNAN GST 1MAY DITERUS KAN

 
mat sabu
 
 
MO,KUALA LUMPUR,30/4/2014 -Himpunan 1 Mei yang diadakan untuk membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan diteruskan di Jalan Raja berhadapan Dataran Merdeka.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, hasil perbincangan dengan pihak polis, persetujuan dicapai supaya himpunan tersebut diadakan di lokasi berkenaan dan tiada perarakan dibuat.

“Hasil pertemuan dengan OCPD Dang Wangi semalam, keputusan telah dicapai bahawa Himpunan 1 Mei akan dibuat di Jalan Raja, tempat sambutan hari kemerdekaan selalu dibuat.

“Tiada perarakan menuju ke Jalan Raja dibenarkan,  jadi orang ramai akan berada di lokasi-lokasi yang telah dimaklumkan dan berjalan menuju ke tempat himpunan,” katanya pada sidang media di bangunan Himpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH), di sini, hari ini.- AstroAwani

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /