23 April 2014

GST Patut Sudah Lama DiWujudkan - Tun Daim Zainnudin

Daim Zainuddin
 
 
Kuala Lumpur – Mantan menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin berkata langkah kerajaan untuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sepatutnya dilakukan sejak dahulu lagi.

 
Menurutnya GST bukanlah satu perkara yang baru, kerana rakyat dapat menikmati harga dengan lebih murah untuk pelbagai jenis barang.
 
Bukan perkara baru, dah lama dah.
Patut dah laksana masa zaman saya lagi, tapi kita dok tunggu.
Namun keadaan ekonomi pada ketika itu tidak berapa kukuh
 
katanya ketika ditemui petang tadi.
 
 
Beliau yang bercakap di program ‘Bicara Petang’ anjuran Persatuan Pedagang Dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkata GST adalah merupakan satu cukai yang adil.
 
“Ia merupakan satu cukai yang adil. Boleh dikatakan hampir satu dunia melaksanakan cukai GST ini, cuma kita (Malaysia) sahaja agak terlambat.
 
Terpulang pada kerajaan, bagi saya sepatutnya sejak dahulu lagi,” katanya lagi.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /