Bapa Mangga Mulut Anak Kecil Elak Nangis-kalau budak yang seusia 4 tahun menangis biasalah budak kecil kan. Tetapi ini apa punya bangang lah apak dia pergi mangga kan mulut budak ini sampai macam gini sekali. Budak ini sering didera oleh bapa nya .. Jom baca kisah nya
Bapa syaitan merupakan gelaran paling sesuai untuk diberikan kepada seorang lelaki, Chris Elvis, 30, yang sanggup memasang mangga di mulut anak lelakinya yang berusia empat tahun kerana budak itu dianggapnya sebagai `anak syaitan’.
Elvis memasang manga itu kerana mahu menutup mulut anaknya yang menangis ketika dia membelasah si kecil itu.
Dia mendakwa budak itu membawa nasib malang kepadanya dalam beberapa hari ini.
Selepas memukul budak malang itu, dia melekapkan seterika panas di seluruh budak itu sebelum menguncinya dalam tong plastik.
Ibu budak itu menghubungi polis selepas dia menemui mayat anaknya dalam keadaan ngeri ketika pulang dari pasar.
Ketika ditangkap, Elvis berpura-pura bahawa dia sakit mental namun telah disahkan oleh pihak berkuasa bahawa dia normal.
Dia kini ditahan selepas didakwa membunuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan