10 April 2014

Ibu Penumpang Pesawat MH370 Terkejut Selepas Mendail No Anak




Bercerita lebih lanjut, ibu yang masih mengharapkan kepulangan anaknya itu memberitahu kepada wartawan sinar harian, sebelum ini, setiap kali mendail nombor telefon Puspananthan, hanya mendapat riaksi error yang tertera di screen paparan itu. Tetapi sebaliknya berlaku pada semalam.

"Saya sangat terkejut dengar bunyi 'nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi'. Sebab sebelum ini kalau saya dail nombor dia, tiada bunyi apa-apa kemudian keluar perkataan error. Tapi hari ini (semalam) bila saya dengar suara operator, saya betul-betul terkejut," katanya.

Amiratham berkata, kira-kira jam 10.15 pagi semalam, dia tergerak hati mendail nombor anaknya itu selepas menikmati sarapan kuey tiaw goreng yang juga makanan kegemaran Puspanathan.

Dia kelihatan sebak ketika menceritakan kejadian itu sambil mengakui bukan ingin menolak segala kemungkinan yang berlaku. Tetapi dia dan keluarga masih mengharapkan kepulangan Puspanathan walaupun lambat.

Dia memberitahu, jika selepas ini nombor telefon anaknya itu tidak aktif lagi, dia akan terus mendailnya, dan itulah yang dilakukannya semenjak hari pertama kehilangan pesawat MH370 dilaporkan, 8 Mac lalu.

Walaupun orang kata penemuan pesawat itu sangat sukar sebab dah sebulan berlalu, tapi saya dan keluarga masih harap semua penumpang selamat.
“Saya nak tengok anak saya di depan mata, tak kisahlah dia dalam keadaan apa sekali pun. Saya percaya masih ada harapan, katanya yang mulai tenang menjawab pertanyaan wartawan.

Dalam pada itu, Amirtham memaklumkan dia juga mesti mengambil sikap berjaga-jaga apabila menerima kunjungan orang awam kerana risau kejadian tidak diingini berlaku kepada keluarganya, lebih-lebih lagi selepas mendengar berita salah seorang ahli keluarga penumpang pesawat MH370 terlibat dalam kejadian samun.

Saya kena berhati-hati sama ada berseorangan atau ketika bersama saudara-mara di rumah. Apa-apa boleh berlaku. Memang kadang kala saya tak benarkan orang yang tidak dikenali masuk, termasuk pemberita,” katanya.

Sementara itu, adik kepada seorang lagi penumpang MH370, Zurihan Yusop, 43, ketika dihubungi semalam memaklumkan dia juga cuba menghubungi abangnya Muzi, 50, namun tiada perubahan pada talian abangnya itu.

Katanya lagi, dia masih mendengar suara operator menyebut 'nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi, sila cuba sekali lagi.' kepada sinar harian

“Dari mula kehilangan pesawat MH370 sejak 8 Mac lalu, sehingga hari ini saya cuba dail, ia tetap sama dan tidak aktif dan semalam baru mendapat ayat dari operator tersebut,” katanya kepada sinar harian



 Nota : Apapun sehingga kini masih lagi tiada bayang pesawat tersebut. Dan berita paling terbaru mengatakan bahawa isyarat kotak hitam pesawat sudah ditemui. tetapi bangkai atau serpihan masih belum ditemui,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /