01 April 2014

Majlis Perkahwinan Tertutup Pelakon Terkenal Shamsul Yusof & Puteri Sara Liyana



Sebenarnya kami sendiri tidak pasti sama ada ini resepsi perkahwinan tertutup atau tidak kerana maklumat awal yang kami terima, pasangan ini hanya akan mengadakan resepsi pertama pada 18 April nanti di Dewan Perdana Felda.

Yang pasti, kami ada beberapa keping gambar sekitar resepsi pertama perkahwinan Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana yang telah diadakan di N’dah Catering, Shah Alam malam tadi yang dihadiri oleh kaum keluarga dan juga rakan artis yang rapat.

Dalam laporan terdahulu oleh mStar Online, ibu Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail berkata resepsi akan diadakan secara sederhana dan bakal dihadiri oleh rakan-rakan dan pihak media yang dianggarkan kira-kira 1,000 orang.

“Alhamdulillah, setakat ini persiapan berjalan dengan lancar. Malah Syamsul juga sudah sembuh daripada penyakit demam denggi dan mereka pun sudah berbulan madu ke Pulau Pinang”

“Pada 18 April nanti, majlis persandingan akan dihadiri seramai 1,000 orang tetamu manakala pada 20 April, kami turut mengadakan majlis di rumah bersama keluarga yang dianggarkan seramai 1,000 orang tetamu juga,” ujarnya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /